Telinga merupakan antara deria terpenting kepada manusia. Tanpa telinga, kita akan kehilangan fungsi mendengar dan menjadi tuli. Telinga berfungsi untuk mengarahkan bunyi di kirim ke otak sehingga otak dapat menangkap suara tersebut dan menterjemahkannya.

Berikut adalah cara-cara mengelakkan kehilangan pendengaran melalui penjagaan telinga.

1. Faktor Genetik 

Anak-anak akan berisiko mewarisi masalah pendengaran jika keluarga mempunyai sejarah masalah yang sama.

2. Mencegah Jangkitan Telinga 

Elakkan kanak-kanak daripada berdekatan dengan orang-orang yang mengalami simptom batuk dan selsema. Kuatkan sistem pertahanan badan anak untuk melawan sebarang jangkitan dengan penyusuan ibu. Ambil pemakanan yang seimbang dan dapatkan bantuan serta rawatan awal bagi sebarang jangkitan telinga.

3. Dapatkan Vaksin 

Masalah pendengaran disebabkan oleh jangkitan mikro-organisma seperti rubella, meningococcal dan hemophilus influenza. Masalah ini boleh dicegah dengan mendapatkan imunisasi.

4. Hindari Ubat-Ubatan Yang Boleh Menjejaskan Pendengaran 

Jangan tidak tahu, sesetengah ubat-ubatan boleh memberi kesan kepada pendengaran. Ubatan hanya boleh didapati melalui pengesyoran daripada doktor.

5. Penjagaan Telinga 

Elakkan tabiat mengorek telinga kerana telinga kita mempunyai mekanisme membersihkannya sendiri. Amalam mengorek telinga dikatakan boleh memudaratkan kerana menyebabkan kecederaan dan jangkitan telinga. Telinga anda akan berasa sakit dan tersumbat kerana kotoran telinga yang masuk jauh ke dalam saluran telinga. Anda disarankan membersihkan telinga luar anda dengan menggunakan tuala bersih selepas mandi.

6. Melindungi Telinga Daripada Pendedahan Kepada Bunyi Bising Dan Trauma Kepala 

Bunyi bising dan trauma kepala merupakan antara faktor-faktor luar yang boleh menjejaskan pendengaran. Mereka yang terdedah kepada risiko ini perlu mengambil langkah-langkah menghindari dari bahaya tersebut dengan memastikan penggunaan alat pelindung.

Sumber: moh.gov.bn & google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen