Labu juga merupakan makanan sunnah yang sangat elok untuk kesihatan. #30ResepiRamadhanAbangBrian kali ini kita olah sedikit menggunakan labu. Mac & Cheese Labu merupakan antara resepi kreatif yang Abang Brian pernah buat. Apa lagi? Jom cuba!

Bahan yang diperlukan: 

  • 2 cawan macroni, direbus setengah masak
  • 2 cawan susu
  • 2 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 1 cawan labu, dipotong dadu kecil
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 2 ulas bawang putih, dicincang
  • 1 cawan keju cheddar, diparut
  • Secubit serbuk cili
  • 1 sudu besar daun kuchai, dicincang
  • 1 sudu besar serbuk roti

Cara membuatnya: 

  1. Tumiskan bawang putih dan serbuk ketumbar sehingga harum dalam minyak zaitun sikit. Masukkan labu dan tumiskan sehingga tumis lagi sehingga lembut. (Tambahkan 1 sudu besar air sekiranya terlalu kering.)
  2. Ketepikan bahan tumisan dan cairkan mentega dalam periuk. Masukkan tepung, panaskan sehingga tidak ada lagi bau tepung kuat. Masukkan kembali bahan tumisan dan semua bahan lain kecuali serbuk roti. Gaul mesra. Perasakan dengan garam dan lada hitam secukupnya.
  3. Masukkan dalam ramekin dan taburkan serbuk roti dan keju parut.
  4. Masakkan dalam ketuhar untuk 25-30 minit dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180C. Untuk memudahkan bersahur, sediakan semuanya pada malam sebelum dan hanya panaskan dalam ketuhar pada waktu paginya.

Selamat mencuba!

Komen dgn Fesbuk

komen