Pakar psikologi sudah berdebat selama bertahun-tahun mengenai penting dan bahayanya pujian. Ada yang mengatakan bahawa pujian merupakan perkara yang baik, tetapi ada juga yang mengatakan pujian boleh menyebabkan kerosakkan mental anak.

Walaupun begitu, ada beberapa perkataan yang memang baik diucapkan kepada anak-anak dan ini juga disarankan oleh pakar psikologi Dr Justin Coulson yang juga merupakan pengarang buku What Your Child Needs From You: Creating A Connected Family.

Antara perkataannya adalah:

1. TERIMA KASIH 

Ucapan terima kasih dan rasa syukur adalah ayat motivasi yang paling efektif. Perkataan ini dapat membuatkan anak-anak berasa dihargai. Coulson menyarankan ibu bapa untuk mengucapkan terima kasih kepada anda kerana ini akan menjadi contoh baik yang boleh diikuti dan juga membantu membentuk ikatan yang kuat antara ibu bapa dan anak-anak.

2. MAAF, IBU AYAH JUGA MASIH BELAJAR, SAMA SEPERTI AWAK 

Ibu bapa yang sering menunjukkan sikap tahu segalanya dan tidak salah akan membuatkan anda berasa dihakimi dan tidak sempurna. Tetapi, jika ibu bapa melakukan kesalahan dan mengaku salah, ia akan membuatkan anak-anak belajar bahawa kesalahan itu tidak mengapa dan berani mencuba lagi.

3. BAGUSNYA ANAK IBU AYAH

Ibu bapa kerap berharap dan meminta prestasi yang baik dari anak-anak. Jika ibu bapa kerap menyokong anak-anak, mereka akan selalu berani untuk mencuba yang terbaik dan tidak berasa rendah diri apabila gagal. Ini pelajaran penting bagi mereka belajar memperbaiki diri.

4. APA PENDAPAT AWAK? 

Jika kamu ingin memiliki anak yang bertanggungjawab, berilah mereka pegang tanggungjawab. Salah satu cara terbaik adalah memberikan peluang kepada mereka untuk membuat keputusan. Ibu bapa boleh mendorong dan membimbing dengan menanyakan pendapat di anak. Jadi, anak boleh memberikan pendapat mereka sendiri.

5. IBU AYAH SAYANG AWAK

Anak-anak harus dengar perkataan ini setidaknya sekali sehari. Bukan hanya perkataan, ibu bapa harus menunjukkan dan mewujudkan perasaan cinta ketika berkomunikasi. Setiap orang ada cara yang berbeza dalam mengungkap kata cinta kepada anak-anak. Carilah masa dan cara terbaik untuk meluahkan perasaan ini kepada keluarga anda.

Menurut Coulson, apabila anak-anak sering mendengar perkataan yang baik-baik, mereka akan membentuk peribadi yang berkeyakinan diri, merasa dicintai dan bahagia bersama keluarga sendiri.

 

Sumber: beritasatu.com & Google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen