Siapa yang tidak sukakan donut?

Doh yang terkenal dengan bentuk lingkaran dengan lubang di tengah ini sememangnya sesuai dijadikan makanan ketika menikmati minum petang.

Donut yang dikenali dulu berlapisan coklat, kacang atau krim. Kini, pelbagai bentuk dan dekorasi donut yang lebih gila diperkenalkan.

Ramai yang mula membuat donut merupakan bahan-bahan yang lain selain daripada bahan asas membuat donut.

DONUT DAN SHOT ALKOHOL 

Paip yang terdapat di atas donut itu bukanlah madu atau gula cair. Ia sebenarnya adalah alkohol. Dekorasi donut ini telah direka oleh Denver’s Habit Doughnut Dispensary yang dicampur rum, wiski atau vodka.

DONUT SUSHI 

Dekorasi donut ini merupakan daripada Project Poke berasal dari California. Mereka ingin melakukan sesuatu yang baru dan mengubah sushi menjadi bentuk donut. Bahan yang digunakan adalah seratus persen dari sushi.

DINDING DONUT 

Dinding yang dipenuhi donut ini merupakan antara trend untuk dinding bergambar sewaktu majlis perkahwinan. Biasanya ia dipesan oleh pasangan atau mereka yang menyukai donut.

DONUT ‘BUFFALO CRUNCH 

Pada tahun 2014, Tim Hortons yang merupakan pembuat donut di Kanada telah mencipta donut yang diberi nama Buffalo Crunch. Donut ini menggabungkan antara donut, daging stek, tortila dan sos mayonis.

DONUT POKEMON GO 

Permainan yang menjadi viral pada tahun 2016 ini membuatkan ramai pembuat makanan cuba memvariasikan makanan mereka. Antaranya adalah menjadikan donut sebagai sebahagian daripada bahan sensasi ketika itu. Kafe Doughnut Time di Brisbane telah mereka donut dengan karakter Pokemon.

INCEPTION DONUT 

The Cinnamon Snail Cafe telah mencipta donut berlapis donut. Donut ini dilapisi donut kecil dan dilapisi dengan donut yang lebih kecil. Pening? Inilah istimewanya Inception Donut.

DONUT BOUQUET

Tidak perlu lagi meminta teman lelaki anda untuk berikan jambangan bunga. Kini kita ada jambangan donut juga. Idea ini berasal dari The Doughnut Plant Cafe di New York. Mereka menawarkan jambangan bunga donut yang elegan dan yang penting, boleh makan!

Sumber: travel.tribunnews.com & google (gambar)

 

Komen dgn Fesbuk

komen