Haaa. Kali ini kami akan kongsikan menu sihat yang pasti disukai oleh ramai wanita yang ingin mengawal pemakanan mereka. Lebih kurang, siapa yang nak diet dan makan salad lah.

Menu yang sihat adalah menu yang menggunakan cara memasak kukus, rebus, panggang. Jom lihat apakah resepi Salad Ayam Rotisserie ini.

Bahan yang diperlukan: 

  • 2 cawan daun ketumbar
  • 1/4 cawan jus limau nipis (dari 2 biji limau nipis)
  • 1/4 cawan minyak sayur-sayuran
  • Secubit garam dan lada hitam
  • 1 ekor ayam panggang (kulit dan tulang dibuang, daging dicarik)
  • 1/4 kubis (dihiris nipis)
  • 1 biji lada benggala merah (dihiris nipis)
  • 2 helai daun bawang (dihiris nipis)
  • 1/2 cawan gajus

Cara membuatnya:

Membuat sos dressing

  1. Kisar ketumbar, jus limau, minyak, garam dan lada sehingga halus.

Membuat salad

  1. Campur carikan ayam tadi bersama kubis, lada benggala, daun bawang, garam dan lada.
  2. Dalam mangkuk besar yang lain, gaulkan daun salad dengan 1/2 sos dressing.
  3. Gaul campuran 2 tadi dengan campuran 1.
  4. Tabur semua baki sos dressing dan hiaskan dengan gajus.

Selamat mencuba!

Sumber: marthastewart.com

Komen dgn Fesbuk

komen