Apakah Itu Kulat?
Kulat merupakan sejenis kuman yang boleh didapati dimana-mana bahagian badan seperti rambut, kulit dan kuku. Kulat tumbuh dan hidup di tempat yang hangat dan lembap. Golongan kanak-kanak mudah mendapat jangkitan kulat kerana mereka suka berkongsi barang dan berpelukan sesama mereka.
Apakah Jenis-Jenis Jangkitan Kulat
Jenis-jenis kulat diklasifikasikan mengikut tempat hidupnya:
- Tinea cipitis (kulit kepala)
- Tinea corporis (badan)
- Tinea manuum (tangan)
- Tinea pedia (kaki) atau dipanggil ‘athlete’s foot’
Apakah Faktor-Faktor Yang Menambahkan Lagi Risiko Kepada Jangkitan Kulat?
- Bersesak di kawasan yang lembap
- Mengamalkan cara hidup yang tidak bersih seperti berkongsi tuala, memakai pakaian lembap, memakai stokin yang sama berulang kali, kuku panjang dan berjalan tanpa kasut.
- Masalah perubatan seperti diabetes yang tidak terkawal, HIV atau masih dalam rawatan perubatan yang panjang di manan ini akan melemahkan sistem imunisasi (contoh: rawatan kanser)
Apakah Tanda Dan Simptom Jangkitan Kulat
Jangkitan pada kuku:-
- Kuku menjadi rapuh
- Kasar
- Kusam
- Senget (berbentuk)
Tinea pedis (kaki)
- Terjadi antara ibu jari dan bahagian kaki yang lain
- Rasa gatal dan pedih di bahagian yang basah
Tinea capitis (kulit kepala)
- Kulit kepala kemerah-merahan
- Rambut menjadi rapuh
- Boleh menyebabkan sebahagian rambut botak
Tinea Corporis (badan)
- Badan kemerah-merahan dan bersisik di bahagian tengah kulit yang dijangkiti
- Ruam berbentuk bulat
- Gatal-gatal
Bagaimana Jangkitan Kulat Boleh Dirawat?
Rujuk nasihat doktor untuk mendapatkan diagnosa yang tepat supaya rawatan yang betul dapat diberi.
Urus jangkitan kulat ini dengan:-
- Menjaga kebersihan diri dengan baik
- Gunakan anti-septik seperti KMN04 (Potassium Permanganate) untuk kulit basah
- Ubat-ubatan antikulat sama ada suntikan atau oral
- Krim/gel antikulat untuk disapu
Bagaimana Jangkitan Kulat Ini Boleh Dicegah?
- Elakkan dari berkongsi tuala mandi dan tukar stokin dengan kerap
- Memakai alas kaki dan jari bila berjalan / bermain untuk menjaga kebersihan kuku
- Basuh kaki dan jari-jari dengan bersih sekurang-kurangnya sekali sehari
- Jangan memakai kasut yang terlalu ketat
- Keringkan kasut anda setiap malam
- Pakai pakaian longgar
Sumber: myhealth.gov.my & Google (gambar)