Golongan orang dewasa memerlukan sekurang-kurangnya 1.5 liter air di dalam badan bagi mengelakkan dehidrasi. Air adalah penting untuk mengawal suhu badan, membantu penyerapan nutrien dan membawanya ke seluruh tubuh selain melancarkan sistem perkumuhan manusia.

Apabila jumlah air yang diminum tidak mencukupi, anda akan mengalam dehidrasi yang akan menyebabkan kekejangan otot, kulit kering, sakit kepala atau pengsan.

Ikuti 7 tip ini untuk memastikan anda minum air secukupnya setiap hari.

1. Kenalpasti matlamat setiap hari 

Anda mungkin merasakan sudah minum air dengan banyak setiap hari. Ataupun anda tidak minum langsung. Gunakan kalkulator hidradi untuk mengetahui berapa jumlah air yang patut anda minum setiap hari.

2. Beli satu botol air yang anda PASTI rasa nak guna

3. …atau DIY botol air anda dengan garisan masa 

4. Gunakan bantuan aplikasi untuk memantau pencapaian anda 

5. Gunakan buah-buahan, sayuran atau herba untuk menyeduh air anda 

6. Hidratkan badan anda dengan makanan yang mengandungi air yang tinggi

Makanan seperti tomato dan timun mengandungi kandungan air yang sangat tinggi. Sekiranya anda makan 1 cawan makanan ini, ia bersamaan dengan meminum 1 cawan air. Anda juga boleh makan makanan seperti sup dan tomyam yang berasaskan air.

7. Makan makanan yang ekstra pedas!

Makanan yang pedas akan membuatkan anda ingin minum air dengan lebih banyak secara automatik. Jadi bolehlah mula lebihkan cili dalam masakan anda atau pesan cili potong ketika makan di luar.

Sumber: iluminasi.com & google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen