Bahan yang diperlukan: 

  • 300g tepung roti
  • 5g yis segera
  • 10g gula
  • 6g garam
  • 30g mentega
  • 1 biji telur
  • 220g susu krim penuh
  • 8 keping sosej

Cara membuatnya: 

  1. Campurkan setengah bahagian tepung dan yis ke dalam mangkuk. Gaul rata setelah tambah gula dan garam.
  2. Masukkan campuran telur dan susu ke dalam mangkuk. Gunakan sudu besar untuk menggaul kesemuanya.
  3. Masukkan sebahagian lagi tepung ke dalam mangkuk dan uli untuk menggabungkan kesemua bahan.
  4. Keluarkan doh daripada mangkuk dan uli selama 5 minit sehingga doh menjadi elastik.
  5. Tambah mentega dan uli doh untuk 5 ke 10 minit atau sehingga doh menjadi lembut, licin dan sedikit berkilat.
  6. Letakkan doh ke dalam mangkuk dan tutup dengan kain lembap. Biarkan doh naik sehingga dua kali saiznya (60-90 minit bergantung kepada suhu bilik).
  7. Ambil doh dan giling ringan sehingga doh menipis sedikit.
  8. Potong doh kepada 8 keping dan roll membentuk bola. Tutup dengan kain lembap selama 10 minit.
  9. Gunakan penggiling dan giling doh menjadi panjang silinder, kira-kira 40cm (bergantung kepada panjang sosej). Masukkan dan gulungkan sosej dengan doh tadi.
  10. Letakkan gulungan sosej di atas dulang yang diletakkan kertas minyak. Tutup gulungan sosej tadi sehingga saiznya naik dua kali ganda.
  11. Sapu sedikit telur putih ke atas gulungan doh tadi.
  12. Panaskan ketuhar pada 200’c dan bakar selama 10-12 minit atau sehingga gulungan sosej bertukar coklat.

Selamat mencuba!

Sumber: rasamalaysia.com

Komen dgn Fesbuk

komen