Abang Brian teringin nak makan Sambal Udang, sebab itulah Abang Brian buatkan resepi ini untuk siri #30ResepiRamadhanAbangBrian. Tip kali ini untuk singkatkan masa memasak. Anda hanya perlu tumiskan pes cili/sambal sehingga terbit minyak pada malam sebelumnya atau pada hujung minggu dan simpan dalam peti sejuk.

Bahan yang diperlukan: 

  • 5 udang medium, dibersihkanBahan kisar
  • 1 bawang besar
  • 10 tangkai cili kering, direndam dlm air panas 10min
  • 2 serai
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar pes tomato
  • 2 helai daun limau purut, dihiris
  • Segenggam daun ketumbar
  • 1/4 cawan stok udang/ayam buatan sendiri
  • Sedikit jus limau nipis
  • Sos ikan
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 cili merah, dimayang
  • 1 bawang besar, dimayang

Cara membuatnya:

  1. Tumiskan kesemua bahan yang telah dikisar lumat sehingga terbit minyak.
  2. Masukkan daun limau purut, bawang,cili merah, udang dan stok udang. Masak sehingga memekat.
  3. Masukkan kesemua bahan lain dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

Selamat mencuba!

Komen dgn Fesbuk

komen