Membersih kotoran degil pada bilik mandi dan tandas boleh dilakukan dengan mudah jika tahu caranya. Sayang sekali kerana ramai yang memandang remeh tentang soal kebersihan bilik air di rumah.

Pastinya kita berasa tidak selesa apabila menggunakan bilik mandi dan tandas yang kotor. Apatah lagi jika ada tetamu yang berkunjung dan ingin menggunakan tandas atau bilik air di rumah. Takut malu dikatakan tidak menitikberatkan soal kebersihan dan dilabel sebagai seorang yang pengotor.

Tidak mahu perkara sebegini terjadi? Jom belajar cara mudah untuk hilangkan kotoran degil dalam bilik air dan tandas. Sedikit sahaja masa yang diperlukan bagi memastikan bilik air dan tandas anda sentiasa bersih dan selesa.

  1. Luangkan kira-kira 5 minit setiap hari sebelum mandi untuk mencuci bilik air dan tandas di rumah anda. Letakkan sahaja sedikit cecair pencuci ke atas span dan gosok dinding, sinki dan lantai bilik air. Gunakan berus untuk membersihkan mangkuk tandas.
  2. Gunakan bahan peluntur untuk membersihkan jubin tandas yang berlumut. Tuang bahan peluntur yang telah dicampur dengan sedikit air ke atas lantai. Berus dan biarkan selama sejam sebelum bersihkan dengan air.
  3. Gosok segala kotoran dari sinki dan mangkuk tandas sekurang-kurangnya seminggu sekali atau dua mingu sekali. Gunakan berus ketika menggosok dinding dan lantai tandas dan bilik air.
  4. Gantungkan pewang yang sesuai di dalam tandas untuk menyingkirkan bau yang kurang menyenangkan.

Panduan Menghias Bilik Mandi 

  1. Sediakan rak untuk meletakkan ubat gigi, berus gigi, syampu dan sabun.
  2. Pasang cermin muka di dinding bilik air.
  3. Sediakan penyangkut untuk menggantung tuala dan pakaian
  4. Hias dinding dengan bunga plastik atau daun hijau untuk menyerikan lagi ruang bilik air.

Petua Membersihkan Mangkuk Tandas Yang Kotor Dan Berkerak

Tuang cuka ke dalam mangkuk tandas dan biarkan untuk beberapa jam. Selepas itu,  gosok mangkuk tandas menggunakan berus. Selepas kesemua kotoran berjaya ditanggalkan, siram dengan air bersih. Selain daripada cuka, boleh gunakan satu tin air coke. Cara pembersihan adalah sama.

Petua Bersihkan Kotoran Degil Pada Lantai

Ambil kapur sirih dan campurkan dengan air. Tuangkan campuran itu ke lantai dan biarkan selama beberapa minit. Selepas itu cuci menggunakan pencuci lantai. Ulangi proses ini sehingga lantai bilik air benar-benar bersih.

Sumber: notawanita.com & google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen