Jangkitan kulit akan berlaku apabila kuman-kuman merbahaya (biasanya bakteria, kulat atau virus) memasuki luka dan membiak di situ. Rawatan dengan ubat-ubatan adalah biasa tetapi ada juga jangkitan kulit yang memerlukan antibiotik.

Jangkitan kulit biasanya berpunca daripada bakteria, kulat dan virus. Ia boleh tersebar melalui sentuhan kulit; disekitar kediaman, haiwan peliharaan, makanan dan alat alat dirumah seperti kuman merbahaya yang lain.

Terdapat beberapa jenis jangkitan terhadap jangkitan kulit dan jenis jangkitan bergantung kepada mikroorganisma yang menjadi punca. Antara jangkitan kulit yang kerap berlaku adalah:

  • Bisul – Bisul merupakan benjolan merah yang menyakitkan dan kadangkala muncul di leher, muka, ketiak atau punggung.
  • Cellulitis – Cellulitis  adalah jangkitan lapisan bahagian dalam kulit (dermins) dan lapisan lemak dan tisu lembut (tisu subkutaneus) yang berada di bawah kulit.
  • Kurap –  Jangkitan kurap kerap terkena pada bahagian badan yang terdedah misalnya kaki, tangan atau muka yang mengakibatkan radang merah berbentuk bulat.
  • Kutu Air – Kutu air adalah jangkitan kuman yang biasanya memberi kesan gatal, melecet dan kulit merekah di antara jari kaki anda.

Tanda-tanda jangkitan kulit berbeza bergantung kepada jenis jangkita. Tetapi, antara tanda-tanda yang biasa adalah:

  • Bisul
  • Gatal-gatal
  • Kudis
  • Kesakitan dan ketidak selesaan
  • Melecet
  • Nanah
  • Radang

Jika anda mengalami tanda-tanda seperti ini, rujuklah nasihat doktor atau pakar kesihatan kerana anda mungkin memerlukan antibiotik (tablet atau krim) untuk merawat jangkitan kulit sebelum ia menjadi lebih serius.

Cara pencegahannya termasuklah:

BASUH TANGAN ANDA 

Kerap basuh tangan anda dengan menggunakan sabun dan air kerana jangkitan kulit mudah tersebar.

MANDI DENGAN KERAP 

Jangkitan boleh berlaku di mana-mana. Pastikan anda membersihkan badan dengan teliti dan kerap untuk menanggalkan sebarang kuman dan bakteria merbahaya.

JANGAN BERKONGSI

Jika terdapat mereka yang mengalami jangkitan kulit di rumah, pastikan and amembasuh setiap barang yang mereka gunakan seperti sarung tilam, tauala, cawan dan kutleri sebelum anda menggunakannya.

KERINGKAN 

Keringkan diri sepenuhnya bagi mengelakkan kemungkinan kulit dijangkiti kuman. Cepat salin jika pakaian anda dibasahi air atau peluh. Malah, sentiasalah memakai selipar di bilik persalinan awam atau kawasan mandi.

PERTOLONGAN CEMAS 

Kuman boleh menjangkiti kesan luka atau melecet jika anda tercedera. Bersihkan luka dan sapukan antiseptik untuk membunuh sebarang kuman yang mungkin masih ada dan balutkannya untuk menghalang dijangkiti kuman dan kotoran.

Sumber; dettol.com.my & Google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen