Dua waktu yang sinonim ketika bulan Ramadan adalah waktu berbuka dan waktu bersahur. Perasan atau tidak, nafsu aan membuak-buak nak cuba pelbagai jenis hidangan sewaktu berbuka. Tapi untuk sahur pula bagaimana?

Sahur itu bukan sahaj penting bahkan dalam bersahur ada juga keberkatannya. Tahap kecergasan anda sepanjang hari ditentukan oleh pemilihan makanan dan cara anda bersahur.

Kami kongsikan 8 tips untuk anda praktikkan sepanjang bulan Ramadan ini.

1. Hasilkan jem daripada buah-buahan lembut

Buat jem instant dengan menggunakan buah-buahan yang lembut dan tidak berbiji seperti pisang dan beri-beri. Buah-buahan segar ini bukan sahaja dapat memberikan anda nutrisi yang cukup sepanjang hari, malah cepat untuk disediakan. Sapukan ke atas roti dan taburkan gula untuk menambah rasa. Kurma juga boleh digunakan untuk menghasilkan jem ini.

2. Sediakan telur rebus sekali banyak

Cara untuk menyediakan telur rebus sekali banyak adalah dengan menggunakan periuk atau talam muffin mini.

Didihkan air dengan garam dan baking soda di dalam satu periuk. Masukkan telur ke dalam selama 96 saat. Padamkan api dan tutup periuk tersebut dengan penutupnya selama 8 minit.

Bakar dalam ketuhar pada 325-350 darjah selama 30 minit. (Suhu bergantung kepada ketuhar anda). Gunakan talam muffin mini supaya mereka tidak bergoyang. Setelah selesai keluarkan, kupas kulitnya dan simpan di dalam peti ais.

3. Simpan oat semalaman di dalam peti sejuk

Oat sememangnya diketahui umum dapat mengawal tahap kolestrol dalam badan dan juga antara bahan makanan yang mengenyangkan. Bekukan oat semalaman sebelum memakannya sewaktu sahur.

Campurkan oat bersama kacang, kismis dan juga kurma di dalam satu bekas. Kemudian tuangkan susu segar sehingga menutupi lapisan oat dan simpankan di dalam peti ais. Anda boleh menambah serbuk koko atau apa-apa makanan kegemaran anda untuk menyedapkan lagi oat anda.

4. Panaskan semula lauk waktu berbuka dengan tambahan ingredients seperti sayur atau telur​

Jika ada lebihan makanan ketika berbuka, jangan buangkannya. Simpan lebihan makanan tersebut dan panaskannya kembali sewaktu bersahur. Untuk makanan anda kekal dalam keadaan fresh dan enak dimakan, tambahkan sedikit sayur-sayuran yang sihat. Ini juga akan mempercepatkan lagi persiapan juadah sahur anda.

5. Praktikkan pengambilan brown rice 

Brown rice atau beras perang merupakan sumber karbohidrat kompleks yang membekalkan sumber tenaga dengan lebih perlahan dan lebih mengenyangkan serta mempunyai banyak manfaat. Antara manfaatnya adalah mengurangkan kolestrol dan juga baik untuk tulang. Bulan Ramadan ini bulan yang sangat sesuai untuk anda mula mengurangkan tahap kolestrol dalam badan. Kerapkan pengambilan beras perang pada waktu sahur nanti.

6. Tidur awal dan jangan tidur selepas solat subuh

Anda disarankan untuk tidak tidur selepas bersahur kerana makanan yang anda ambil akan diproses menjadi tenaga dan ia akan dibazirkan sewaktu anda tidur. Pastikan anda tidur sekurang-kurangnya 6 jam sehari untuk sentiasa cergas dan bertenaga di siang hari.

7. Lewat-lewatkan waktu bersahur dan jangan terburu-buru

Apabila anda mengunyah makanan dengan terlalu cepat, ia akan membuatkan kadar gula dalam darah terganggu dan dalam beberapa jam sahaja setelah sahur, perut anda akan merasa lapar. Ketika kita makan terlalu cepat, badan akan bekerja lebih keras untuk menyerap nutrisi makanan. Akibatnya, proses penyerapan nutrisi oleh tubuh kurang sempurna sehingga anda pun akan cepat merasa penat. Oleh itu, sentiasalah mengambil makanan dalam kuantiti biasa tetapi mengenyangkan.

8. Elakkan garam dan minum air berlebihan

Pengambilan sumber makanan bergaram seperti biskut, kicap, masakan bergoreng dan lain-lain ia lagi cepatkan dehidrasi dan akan buat anda cepat berasa haus. Ini kerana garam adalah penyerap atau penyimpan air. Minum air dengan terlalu banyak juga tidak bagus dan akan menghasilkan tindak balas yang sama. 2-3 gelas air sahaja dan mencukupi.

 

Sumber: says.com & google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen