Anda mungkin akan diajukan soalan sama ada anda mengalami sebarang alahan ubat apabila berjumpa dengan doktor atau ahli farmasi. Maklumat berkaitan alahan ubat amat penting dimaklumkan kepada mereka bagi mengelakkan kesan buruk yang boleh berlaku disebabkan ubat-ubatan.

Tindak balas ubat ini terhasil disebabkan oleh tindak balas hipersensitiviti yang mana telah mendorong tindak balas imunisasi diarahkan pada ubat. Tindak balas hipersensitiviti boleh diklasifikasikan dengan pelbagai jenis gejala yang dipanggil gejala alahan. Gejala alahan boleh menyebabkan gejala dalam hidung, paru-paru, tekak, sinus, telinga, perut atau pada kulit tidak kira sama ada tindak balas alahan berlaku serta-merta atau lambat, atau gabungan kedua-duanya.

Kesan tindak balas alahan yang boleh berlaku adalah:- 

  • Anafilaksis

  • Tindak balas kulit contohnya ruam, gatal-gatal, sensitif terhadap cahaya (photoallergy) dan tanda kemerahan.

  • Kesukaran bernafas

  • Pitam

  • Degupan jantung tidak sekata (Arrhythmia)

  • Pembengkakan di bawah kulit (Angioedema)

  • Sakit sendi dan otot

Ruam pada kulit adalah gejala yang kerap terjadi bagi tindak balas alahan. Kadangkala, lepuh (blister) akan terjadi akibat ruam. Gejala lepuh amat menyakitkan dan biasanya menghakis permukaan mata, bibir, mulut dan bahagian kemaluan. Komplikasi yang serius ini dikenali sebagai Sindrom Stevens-Johnson.

Toxic Epidermal Necrolysis (TEN) jarang berlaku disebabkan oleh alahan ubat. TEN merupakan tindak balas alahan yang boleh dikenalpasti melalui kulit yang mengelupas seperti pesakit yang melecur.

Kedua-duanya, Sindrom Stevens-Johnson dan Toxic Epidermal Necrolysis (TEN), boleh mengancam nyawa.

Anafilaksis adalah salah satu tindak balas alahan paling serius dan boleh membawa maut.

Tanda-tanda alahan Anafilaksis adalah:- 

  • Sesak hidung

  • Kesukaran bernafas

  • Batuk

  • Kulit kebiruan (cyanosis), termasuk bibir dan kuku.

  • Pitam dan hilang daya imbangan badan

  • Pening

  • Bimbang/resah

  • Kebingungan dan percakapan yang tidak teratur

  • Degupan jantung yang cepat

  • Berdebar-debar (palpitations)

  • Loya , muntah

  • Cirit-birit

  • Kekejangan otot

Ubat-ubatan yang sering dikaitkan dengan alahan:- 

  1. Penicillin (dan semua antibiotik yang berkaitan). Kira-kira 1 dalam 10 orang melaporkan bahawa mereka mempunyai sejarah “alahan” kepada penicillin. Namun demikian, kurang daripada 10% individu yang berfikir bahawa mereka alah kepada penicillin. alah kepada ubat tersebut. Walau bagaimanapun, orang yang benar-benar alah kepada penicillin terdedah kepada gejala anafilaksis yang boleh mengancam nyawa. Oleh itu, amat penting untuk memberitahu doktor anda tentang tindakbalas alahan ubat masa lalu anda.

  2. Cephalosporins (dan semua antibiotik yang berkaitan). Tindak balas cephalosporins hampir menyamai tindakbalas penicillin. Walau bagaimanapun, terdapat kemungkinan bahawa seseorang yang alah kepada penicillin boleh mendapat tindak balas alahan kepada cephalosporins kerana kedua-dua ubat tersebut mempunyai kaitan yang sama.

  3. Sulfonamides (termasuk antibiotik, ubat oral diabetik dan beberapa ubat diuretik). Tindak balas ubat ini tidak jelas sama ada disebabkan oleh alahan atau proses immunologi lain. Tiada ujian yang tepat untuk menentukan jika seseorang itu alah kepada ubat-ubatan dalam kelas ini.

  4. Non-Steroidal Anti-Inflammatory Drugs (NSAID), termasuk aspirin, ibuprofen dan naproxen. Kelas ubat-ubatan ini boleh menyebabkan alahan dan bukan alahan seperti gatal-gatal/bengkak, memburukkan lagi asma dan menyebabkan anafilaksis. Tiada ujian yang tepat untuk menentukan jika seseorang itu alah kepada kelas ubat-ubatan ini.

  5. Ubat Bius Setempat (Local Anesthetics). Tindak balas alahan kepada ubat bius setempat (novocaine, lidocaine) jarang berlaku, dan biasanya disebabkan oleh bahan-bahan lain di dalam ubat, seperti pengawet atau adrenaline (terdapat dalam local anesthetics untuk membuat ubat tahan lebih lama apabila disuntik).

  6. Anestesia Am (General Anesthesia). Sesetengah ubat-ubatan yang digunakan semasa pembedahan kerap kali menyebabkan tindak balas alahan dan anafilaksis.

 

Sumber: myhealth.gov.my & google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen