Kita sedia maklum bahawa khasiat buah-buahan citrus seperti limau nipis, limau kasturi dan lemon kaya dengan vitamin C. Malah mesti ramai wanita yang mengetahui kebaikan buah-buahan citrus ini yang berfungsi sebagai agen kecantikan.

Ini 10 cara popular untuk cantik menggunakan limau.

  1. Rendam badan dalam tab mandian yang dimasukkan kulit citrus untuk beberapa seketika bagi memberikan aroma badan yang segar.
  2. Sental kulit citrus pada badan atau campurkan kulit dan jusnya di letakkan di dalam garam mandian sebagai scrub. Ia akan menanggalkan segala kekotoran berminyak di samping memberi kesegaran sepenuhnya.
  3. Nafas anda akan menjadi segar apabila anda mengigit beberapa potong hirisan kulit lemon atau oren.
  4. Kulit kepala menjadi sihat dan bebas kelemumur dengan perahan air limau nipis di kulit kepala.
  5. Hilangkan sel kulit mati dengan melumur kisaran limau nipis pada keseluruhan badan.
  6. Amalkan selalu cara melumurkan adunan isi limau dengan minyak kelapa untuk membersihkan kuku dan jari.
  7.  Makan sedikit kulit limau kasturi bersama airnya untuk mendapatkan bau badan yang lebih wangi dan segar.
  8. Kulit akan menjadi lebih putih berseri jika amalkan mencuci wajah dengan pati limau kasturi.
  9. Hapuskan jerawat dengan menggunakan hirisan lemon pada wajah. Biarkan selama 10 minit sebelum dicuci dengan air bersih.
  10. Campurkan jus lemon bersama minyak badam dan madu. Sapukan rata di wajah dan biarkan selama 15 minit sebelum dicuci. Inilah rahsia awet muda!

Sumber: keluarga.my & google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen