Di hujung minggu, apa kata anda semua pikat hati suami, mak mertua dan anak-anak dengan air tangan sendiri? Ini Abang Brian kongsikan #30ResepiRamadhanAbangBrian yang senang. Tambahan lagi, ada makanan sunnah sekali tau! Jom buat Ayam Goreng Rangup Krap Krup!

Bahan yang diperlukan: 

Bahan A

  • 1 ekor ayam, dipotong ikut saiz yg anda suka
  • 10 ulas bawang putih dan ¬†tumbuk
  • 3 sudu besar serbuk cili
  • 2 sudu serbuk kari ayam
  • 2 sudu kecil garam
  • Secubit soda bikarbonat
  • Sedikit air

Bahan B

  • 3 cawan tepung jagung
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • Secubit garam
  • Secubit soda bikarbonat
  • 1 sudu serbuk cili
  • 1 biji telur,dipukul

Cara membuatnya:

  1. Perapkan ayam dalam campuran bahan A untuk 30minit.
  2. Salutkan dengan bahan B yg telah digaulkan bersama.
  3. Celupkan dalam telur dan kemudian campuran bahan B lagi.
  4. Gorengkan dalam minyak pada suhu 175C sehingga keperangan dan masak sepenuhnya.

Selamat mencuba!

 

Komen dgn Fesbuk

komen