Menjadi satu masalah apabila tikur mula bertandang ke rumah kita. Kita akan sentiasa dihantui rasa bimbang dan keadaan rumah bertambah kotor dengan kehadirannya.

Banyak caranya untuk menghalau tikus keluar dari rumah kita. Jom lihat dan cuba kesemuanya. Mana tahu salah satu cara daripada perkongsian ini berkesan.

LADA HITAM 

Tikus dikatakan tidak suka pada bau lada hitam. Campak dan biarkan sahaja sedikit lada hitam di laluan yang diketahui digunakan oleh tikus untuk masuk ke rumah kita.

UNCANG TEH

Dengan lebihan uncang teh yang telah digunakan, anda boleh menghalau tikus dari masuk ke rumah anda. Letakkan uncang teh tersebut dilaluan masuk tikus. Peppermint yang terkandung di dalam uncang teh dikatakan boleh menyebabkan kegatalan di hidung tikus setelah menghidunya.

GAM PELEKAT 

Letakkan gam di sepanjang laluan keluar masuk tikus. Letakkan juga sedikit umpan berupa makanan di atasnya. Apabila tikus lalu, kakinya akan melekat dan buat dia tidak bergerak. Ini pastinya akan menakutkan tikus-tikus yang lain.

MINYAK ANGIN ATAU HERBA 

Oleh kerana bau minyak angin yang bersifat ‘mint’ tidak digemari oleh tikus, bahan inilah adalah antara bahan yang disyorkan untuk menghalau tikus daripada rumah.

LILIN AROMATERAPI 

Tikus memang tidak gemarkan bau herba dan mint. Oleh itu ada baiknya anda menggunakan nyalaan lilin aromaterapi yang berbau herba atau mint sepanjang di rumah.

Selain daripada itu, pastikan rumah sentiasa dibersihkan dengan kemas. Jangan selalu membiarkan lebihan makanan atau setiap kawasan rumah kotor kerana ini mengundang tikus untuk bermaustatin dengan selesa.

Sumber: keluarga.my & google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen