Tidak salah sekiranya anda memilih untuk tidur dalam keadaan tidak berbaju atau dalam erti kata lainnya ‘bogel’.

Ini antara manfaat tidur tanpa baju yang anda tidak tahu.

1. TIDUR LEBIH NYENYAK 

Pastinya tidur anda menjadi tidak selesa dan sering terjaga jika dalam keadaan berpeluh. Tidur tanpa pakaian akan membuatkan tubuh badan anda terasa lebih sejuk. Tetapi jangan lupa memakai selimut. Takut anda akan mengejutkan ahli keluarga yang masuk ke bilik anda nanti.

2. MENGHALUSKAN KULIT TUBUH

Baju yang ketat dan panas akan menyebabkan iritasi pada kulit kerana serat baju akan bergesel pada kulit sepanjang malam. Jadi, tidur tanpa pakaian akan memberi ruang untuk kulit bernafas.

3. MISS V LEBIH MUDAH BERNAFAS

Pakar menyatakan bahawa tidur tanpa pakaian adalah idea yang paling tepat. Ini kerana pemakaian seluar dalam yang ketat sewaktu tidur akan menggalakkan pertumbuhan bakteria dan kulat.

 

Sumber: remaja.my & google (gambar)

 

 

Komen dgn Fesbuk

komen