Tiba-tiba tekak ini rasa nak makan bubur kacang merah sebagai pemanis mulut ketika berbuka nanti. Nampak macam leceh, tetapi sebenarnya senang sahaja. Kali ini #30ResepiRamadhanAbangBrian nak kongsikan resepi Bubur Kacang Merah ‘shortcut’. Boleh lah cuba buat untuk juadah berbuka nanti.

Jom tengok apa bahan yang digunakan dan bagaimana cara membuatnya:

Bahan yang diperlukan: 

  • 1 cawan kacang merah
  • 4 cawan air
  • 4 sudu besar gula perang/ gula melaka
  • 1 ikat daun pandan
  • Secubit garam
  • 1 cawan santan

Cara membuatnya: 

  1. Dalam pressure cooker , masakkan kacang merah, air, daun pandan dan gula untuk 20 minit (tekanan tinggi). Jika tiada presure cooker,
  2. Bila kacang merah cukup empuk, masukkan santan dan secubit garam. Panaskan sehingga sebati.
  3. Jika tiada pressure cooker, rendamkan kacang merah semalaman dulu dan renehkan dlm periuk atas api sederhana lebih kurang 1 jam

Selamat mencuba!

Komen dgn Fesbuk

komen