Memang akan rambang mata dengan segala produk yang dijual ketika berkunjung ke pasar raya. Lebih-lebih lagi produk makanan. Dengan bungkusan yang cantik dan tawaran harga yang berpatutan, mana tak licin rak disambar pembeli.

Kita jarang berfikir mengenai risiko kesihatan apabila membeli produk-produk di pasar raya. Kerana terlalu percayakan teknik pemasaran yang dibuat, ramai yang menganggap apa sahaja yang dijual adalah produk-produk yang baik dan berkualiti.

Berikut adalah senarai beberapa produk yang anda harus elakkan daripada membelinya di pasar raya.

Ready-to-eat salad 

Ahli bakteriologi telah memberi amaran bahawa produk makanan yang paling berbahaya di pasar raya adalah makanan yang dipotong dan dibungkus seperti salad.

Walaupun ia dilabel sebagai makanan yang sedia untuk dimakan, namun ia tetap menjadi tempat untuk bakteria bahaya merebak dan boleh mengakibatkan penyakit usus.

Salad yang ditanam pada tanah haruslah dicuci terlebih dahulu. Biarpun produk yang dijual adalah sedia untuk dimakan, namun untuk memastikan sendiri tahap kebersihan makanan, anda dinasihatkan agar salad yang dibeli itu dicuci terlebih dahulu.

Tidak pun, lebih baik anda beli salad yang belum dipotong dan buat sendiri di rumah. Kebersihan dan kualiti akan lebih terjaga.

Sosej 

Sosej dan produk-produk daging yang diproses boleh menyebabkan penyakit kanser menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Pakar telah mengesahkan bahawa setiap 50 gram bahagian daging yang diproses jika dimakan setiap  hari boleh meningkatkan risiko kanser kolorektal sebanyak 18 peratus.

Untuk lebih selamat, lebih baik jika anda membeli daging segar dan buat sendiri bebola daging atau sosej homemade.

Teh hijau dalam botol 

Khasiat teh hijau yang dikhabarkan seperti boleh menurunkan berat badan dan boleh mencegah kanser. Itu tidak benar sama sekali dan ini dibuktikan melalui satu kajian yang telah dilakukan.

Iya, teh hijau kaya dengan antioksida dan jika teh hijau dijual di dalam botol, kebanyakannya lebih mengandungi air dan gula dan jelas sekali minuman dalam botol tidak baik untuk kesihatan anda.

Makanan dengan tambahan buah-buahan 

Ada yang mengatakan makanan seperti roti strawberi dan yogurt buah-buahan adalah makanan yang sihat.

Namun sebaliknya, campuran buah-buahan yang terdapat dalam makanan tersebut hanyalah sedikit sebagai bahan perasa, selebihnya hanya bergantung kepada bahan perasa, pengawet dan pemekat untuk menjadi adunan lebih menyelerakan.

Mayonis 

Bahan membuat mayonis adalah telur, cuka, minyak sayuran dan rempah-rempah. Mayonis yang dijual di pasar raya adalah produk yang mengandungi bahan pengawet dan pewarna makanan.

Mayonis yang dibeli mengandungi kurang lemak tetapi untuk mengekalkan rasa dan keenakannya, kanji dan gula ditambah sebagai bahan penambah rasa. Kalorinya adalah lebih kurang sama cuma cara pembuatannya sahaja yang berbeza.

Rempah ratus 

Adalah lebih baik anda beli rempah asli dan tumbuk atau kisarkan sahaja di rumah. Ini kerana rempah yang dijual di pasar raya adalah campuran bersama dengan bahan-bahan yang lebih murah. Rempah yang baik adalah tanpa campuran bahan-bahan lain seperti natrium glutamate sebagai penambah rasa.

Roti 

Kebanyakan orang gemar membeli roti yang dijual di pasar raya. Roti berkenaan dibakar daripada tepung yang dilunturkan secara kimia (contohnya, dengan peroksida benzoyl yang turut digunakan untuk membuat letupan dalam filem).

Kesemua doh roti yang mempunyai bahan tambahan dapat meningkatkan kualiti doh dan memanjangkan tarikh luput roti-roti tersebut. Bahan tersebut tidak diperlukan dan nak lebih baik, anda beli sahaja roti di kedai yang hanya membuat roti kerana dari situ anda boleh lihat sendiri bagaimana mereka mengadun dan bertanyakan tentang bahan-bahan yang digunakan.

 

Sumber: remaja.my & google (gambar)

 

Komen dgn Fesbuk

komen