Dek kerana kekangan masa setiap hari, anda sering terlupa yang akan menyumbang bahaya kepada kesihatan terutamanya selepas anda makan. Ini antara perkara yang boleh anda elakkan selepas makan.

#1 Mandi

Waktu terbaik untuk mandi adalah 30 minit selepas makan. Ini kerana apabila anda mandi, suhu badan akan meningkat dan tubuh akan menghantar darah lebih sikit dari yang biasa kepada kulit. Keadaan ini boleh mengganggu sistem pencernaan dan metabolisme.

#2 Tidur

Apabila anda tidur dengan perut yang penuh, anda berisiko menghidap pedih ulu hati, sendawa dan asid yang tinggi. Malah, ia juga akan meningkatkan risiko otak. Untuk tidur, pastikan dua jam selepas makan.

#3 Bersenam

Elakkan bersenam selepas makan kerana ia akan membawa keadaan yang tidak selesa seperti tersedu dan loya. Ia juga akan meningkatkan risiko trauma dan sawan. Waktu yang terbaik untuk bersenam adalah dua jam selepas makan.

#4 Merokok

Hampir semua sistem di dalam badan digunakan sewaktu proses pencernaan aktif. Jika anda merokok, nikotin akan diserap yang memberi kesan berbahaya. Tembakau jika akan menghalang penyerapan vitamin dan mineral termasuk kalsium dan vitamin C dan D. Tetapi jika anda masih ingin merokok, sebaiknya 20 minit selepas makan.

#5 Minum Teh

Minuman teh sebenarnya boleh mengganggu penyerapan iron dan mineral yang mempunyai peranan penting dalam badan manusia. Kanak-kanak, wanita mengandung dan individu yang mempunyai masalah kekurangan iron tidak digalakkan minum teh dalam masa satu jam selepas makan. Adalah lebih elok jika anda minum kopi atau segelas air putih.

Sumber: remaja.my & google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen