Diabetis atau penyakit kencing manis adalah penyakit kronik di mana terdapat kadar gula (glukos) berlebihan di dalam darah. Ini disebabkan gangguan peranan hormon insulin secara kuantiti (insulin berkurangan) atau kualiti (insulin tidak berkesan).

Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai peratusan yang tertinggi bilangan individu penghidap diabetes yang berpuasa di bulan Ramadan dan mereka ialah dari kalangan 1.2 juta umat Islam yang menghidap diabetes.

Persoalannya, bolehkah pesakit diabetes berpuasa sedangkan mereka terpaksa begantung kepada ubat-ubatan atau suntikan insulin setiap hari untuk mengawal penyakit?

Secara umumnya, pesakit diabetes boleh menjalani ibadat berpuasa dengan baik, dengan syarat mereka mematuhi jadual pengambilan ubat, mengawal pemakanan dan yang penting sekali, mendapatkan nasihat dari doktor.

Siapa yang dilarang berpuasa berdasarkan pandangan doktor?

  • Pesakit yang tahap diabetisnya tidak terkawal.
  • Pesakit diabetis yang tidak mematuhi nasihat pengawalan permakanan, pengambilan ubat dan insulin.
  • Pesakit diabetis yang mengalami komplikasi serius seperti kerosakkan buah pinggang, penyakit jantung yang tidak stabil, dan tekanan darah tinggi yang tidak terkawal.
  • Pesakit diabetis yang mempunyai sejarah atau sering mengalami hipoglisemia (kekurangan glukos dalam darah) dan hiperglisemia (berlebihan glukos dalam darah)
  • Pesakit diabetes yang sedang mengalami jangkitan kuman.
  • Pesakit diabetes yang lanjut usia, tinggal bersendirian dan tiada keluarga untuk membantu.
  • Pesakit diabetes yang mengandung dan memerlukan insulin.
  • Pesakit diabetes kanak-kanak berumur di bawah 12 tahun.

Pesakit perlu diberikan perhatian lebih ketika di bulan ramadan dengan keadaan perut yang kosong selama lebih dari 14 jam. Mereka mungkin mengalami komplikasi buruk seperti masalah dehidrasi (kekurangan cairan), hipoglisemia (kekurangan glukos dalam darah) jika kurang makan diwaktu sahur atau melakukan aktiviti yang berat ketika berpuasa. Hiperglisemia (berlebihan glukos dalam darah) juga boleh berlaku jika keadaan diabetis menjadi tidak terkawal.

Tanda hipoglisemia

  • Rasa gelisah dan binggung
  • Lemah
  • Teramat lapar
  • Berpeluh
  • Menggeletar
  • Denyutan nadi terlalu laju – berdebar debar
  • Tidak sedarkan diri (pada peringkat serius)-Koma

Tanda hiperglisemia

  • Sangat letih
  • Terlalu dahaga
  • Kerap buang air kecil

Tanda dehidrasi

  • Teramat dahaga
  • Kekeringan kulit dan lidah
  • Fikiran terganggu

Jika mengalami tanda hipoglisemia, anda harus:-

  • Segera berbuka
  • Minum minuman yang manis sampai tanda-tanda hipoglisemia hilang, dilanjutkan dengan makan
  • Berjumpa doktor jika tanda-tanda tidak hilang dan badan semakin lemah

Panduan

  • Jangan makan berlebihan ketika berbuka. Pilih makanan yang kurang kandungan gula, lemak dan garam.
  • Percepatkan berbuka puasa dan lambatkan bersahur.
  • Mematuhi jadual pengambilan ubat-ubatan dan waktu suntikan insulin yang disyorkan doktor.
  • Pantau darah glukos yang lebih ketat iaitu di rekomendasi pada dua jam selepas waktu sahur, 1 petang dan 4 petang.
  • Kenali tanda tanda hiperglisemai (berlebihan glukos dalam darah), hipoglisemia (kekurangan glukos dalam darah) dan dihidrasi (kekurangan cairan).
  • Berbuka jika terdapat tanda-tanda yang boleh memudaratkan.
  • Selain mengawal diabetis, berusaha mengawal penyakit sampingan lain saperti tekanan darah tinggi serta mengawasi berat badan di sepanjang bulan ramadan.
  • Pembelajaran pengawalan diri sebelum ramadan mustahak. Belajar dari doktor, pakar pemakanan dan jururawat. Catat secara terperinci pemakanan, pemantauan diabetis, tekanan darah tinggi dan berat badan sepanjang ramadan dan hari hari seterusnya selepas ramadan. Ini memudahkan dokter menganalisa kawalan penyakit diabetis, darah tinggi dan sampingan lain.

Sumber: www.diabetes.org.sg & Google (gambar)

 

Komen dgn Fesbuk

komen