Memandangkan kita sering dinasihatkan untuk memakan lebih sayur-sayuran, ini kami kongsikan resepi Sup Sayur Campur untuk anda. Bukan sahaja senang, malah hidangan ini amat menyihatkan.

Jom tengok bahan apa yang diperlukan dan bagaimana membuatnya.

Bahan yang diperlukan: 

  • 80gm cendawan tiram
  • 50gm brokoli
  • 50gm bebola ikan
  • 50gm isi ayam | dipotong dadu
  • 1 batang lobak merah | dihiris memanjang
  • 2 ulas bawang merah | ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih | ditumbuk
  • 1 tangkai daun bawang | dihiris nipis
  • 1 tangkai daun sup | dihiris nipis
  • 500ml air
  • 1 biji kiub pati ayam
  • Garam secukup rasa

Cara membuatnya: 

  1. Di dalam periuk, tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi, kemudian masukkan isi ayam. Kacau sebentar.
  2. Kemudian masukkan air dan didihkan.
  3. Apabila sup mendidih, masukkan lobak merah dan brokoli.
  4. Setelah beberapa minit, masukkan pula bebola ikan dan cendawan tiram dan biarkan mendidih sebentar.
  5. Masukkan pati ayam dan garam secukup rasa.
  6. Hidangkan dengan hirisan daun bawang dan daun sup. Sedia dinikmati.

Selamat mencuba!

Sumber: rasa.my & Google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen