Perut buncit selalu dikaitkan dengan kegemukan. Tetapi pernah atau tidak anda terfikir kenapa individu yang kurus pun buncit?

Tak semestinya orang gemuk je yang buncit. Lagi pelik kalau badan ramping tapi perutnya terbonjol kan?

Berikut adalah ciri-ciri perut yang biasanya dimiliki oleh gadis kurus dan apakah punca terjadinya perut seperti itu.

‘LOVE HANDLES’

Ciri-ciri:

Jika dipandang dari arah sisi, ia kelihatan menggeleber.

Punca:

  • Gaya hidup yang tidak aktif
  • Sweet tooth
  • Mengambil banyak makanan bergula dan karbohidrat

Cara mengatasi:

  1. Ubah cara diet pemakanan korang. Pilih makanan-makanan seperti telur, daging tanpa lemak, sayur-sayuran seperti kekacang dan avokado.
  2. Luangkan masa untuk melakukan aktiviti-aktiviti riadah seperti bersiar-siar di taman atau mungkin boleh melakukan senaman ringan di rumah.
  3. Senaman fizikal yang sesuai dan diet yang betul dapat membuatkan perut korang lebih cantik dan tidak menggeleber.

‘STRESS BELLY’

Ciri-ciri:

Lemak yang tertumpu disekeliling perut dan mempunyai kulit perut yang agak tebal.

Punca:

  • Stres yang melampau
  • Makan secara tidak teratur
  • Banyak minum minuman berkafein
  • Sindrom usus terganggu
  • Sering mengambil makanan yang tidak sihat (kacang masin, kerepek kentang, dan sebagainya)

Cara mengatasi:

  1. Tidur pada awal waktu. Waktu tidur yang tidak teratur dan tidak nyenyak boleh menyebabkan gangguan pada pengeluaran leptin iaitu hormon yang membantu mengawal selera makan dan metabolisme badan.
  2. Berehat sebelum tidur. Pastikan sebelum korang masuk tidur, jangan melakukan aktiviti-aktiviti lasak seperti berlari atau berjogging. Sekurang-kurangnya, tiga jam sebelum tidur, badan korang perlu rehat daripada melakukan sebarang aktiviti lasak.
  3. Ambil makanan yang kaya dengan magnesium kerana mengandungi mineral yang baik untuk “merehatkan” tubuh badan. Contoh makanan yang boleh diambil adalah seperti sayur-sayuran hijau, kekacang dan gandum.
  4. Untuk tambahan, lakukan sedikit regangan dan yoga dan minum teh chamomile sebelum tidur. Ia dapat mengurangkan kortisol dan merehatkan tubuh.

‘LOW BELLY’

Ciri-ciri:

Memiliki bentuk badan yang ramping tetapi bahagian bawah perut agak terbonjol.

Punca:

  • Baru lepas melahirkan anak
  • Mengamalkan diet makanan yang sama
  • Struktur tulang belakang yang melengkung

Cara mengatasi:

  1. Amalkan diet yang sihat dengan pengambilan makanan yang mengandungi tinggi serat seperti sayur-sayuran hijau dan roti gandum.
  2. Lakukan senaman yang sesuai dan pastikan setiap pergerakan senaman yang korang  lakukan itu adalah dengan cara yang betul.
  3. Minum lebih banyak air putih dan pilih makanan yang mudah untuk dihadam.

‘MOMMY’S BELLY’

Ciri-ciri:

Selepas melahirkan anak, perut cenderung untuk kelihatan seperti ini.

Punca:

  • Kurangnya perhatian untuk diri sendiri kerana fokus terarah kepada bayi yang baru dilahirkan. Ia mengambil lebih kurang enam minggu untuk kembali kepada saiz normal perut korang.
  • Melakukan aktiviti bersenam terlalu cepat selepas bersalin. Biasanya, korang kena rehat sekurang-kurangnya dua atau tiga bulan sebelum mula aktif untuk melakukan sebarang aktiviti.
  • Lemah otot pelvis.

Cara mengatasi:

  1. Cuba amalkan makanan yang mengandungi lemak sihat setiap hari, seperti kekacang, minyak sayuran, minyak ikan dan buah zaitun. Ia dapat membantu melawan keletihan selepas seharian penat melayan karenah anak.
  2. Jadikan senaman kegel sebagai rutin kerana manfaatnya dapat bertindak seperti korang memakai koset. Lakukan senaman ketegangan dan mengendurkan otot pelvik ini sebanyak 15 hingga 20 kali dan ulangi latihan ini sebanyak lima kali sehari.
  3. Elakkan melakukan senaman squat dan crunches kerana ia tidak baik untuk postur badan selepas melahirkan.
  4. Selain itu, dapatkan tidur siang sebentar untuk merehatkan badan dan cara ini juga mampu meningkatkan pembakaran lemak.

‘INFLATED BELLY’

Ciri-ciri:

Perut terasa kempis pada waktu pagi tetapi mula membonjol pada siang hari.

Punca:

  • Alahan makanan
  • Usus lembab
  • Ketidakseimbangan usus

Cara mengatasi:

  1. Elakkan mengambil makanan yang tidak baik untuk tubuh badan seperti gluten (roti, pasta dan kuih-muih), yis dan produk tenusu yang diproses (keju, susu dan mentega).
  2. Pilih makanan seperti sayur-sayuran segar, daging, ayam dan ikan. Elakkan roti dan pastri selama dua minggu, lihat hasilnya sama ada perut mula mengempis atau tidak.
  3. Jangan tinggal amalan sarapan pagi kerana sistem penghadaman yang baik adalah pada waktu pagi. Apa yang penting, elakkan makan pada lewat malam dan banyakkan minum air putih.
  4. Lakukan senaman ringkas seperti tarik nafas dalam-dalam sebanyak 10 kali dan berjalan-jalan selepas waktu makan.

Sumber: remaja.my & google (gambar)

 

Komen dgn Fesbuk

komen