Ramai anak gadis yang memilih untuk mengayakan skinny jeans. Antara sebabnya adalah taksub untuk kelihatan ramping dengan ilusi tinggi lampai. Malah, trend ini juga menjadi trend terkini kepada kaum lelaki kerana ada juga segelintir daripada mereka yang turut menggayakan fesyen seluar ketat ini.

Dalam kita tidak sedar sebenarnya pemakaian seluar ketat ini boleh mengundang kesan negatif pada tubuh badan jika dipakai secara berterusan.

Apakah bahaya memakai skinny jeans? 

1. Cenderung mengalami risiko masalah saraf dan sendi terutamanya pada bahagian pinggul dan pinggang. (Zunaidah Abu Samah, Ketua Unit Fisioterapi)

2. Kemaluan terdedah kepada risiko jangkitan akibat luka daripada pergeseran kasar di antara seluar dan kulit. (Tami Rowen, Pakar Ginekologi)

3. Tekanan tinggi pada saraf pelvis akan menyebabkan kebas, terbakar, kesejukan, sakit mencucuk, menjadi sensitif apabila disentuh dan berasa tidak selesa pada bahagian celah paha.

4. Risiko rangkaian masalah tulang dan otot yang serius.

5. Sebagai kesan jangka panjang, paha dan kaki menjadi kebas dan penyakit ini dikenali sebagai meralgia paresthetica.

 

Sumber: remaja.my & google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen