Tiba-tiba tekak terasa ingin makan Muffin. Tetapi kalau nak beli luar, mahal dan rasanya tidak lah berapa nak sedap. Apa kata kita buat sendiri muffin nya? Kita pun tahu bahan apa yang dimasukkan, jadi kesihatan juga terjamin.

Jom lihat apa yang digunakan dan bagaimana nak membuatnya.

Saiz hidangan: 12 biji
Waktu memasak: 1 jam
Jenis hidangan: Kek cawan
Keistimewaan: Gabungan rasa oren dan strawberi yang unik
Jenis masakan: Pencuci mulut

Bahan yang digunakan: 

  • 500gm tepung gandum
  • 160gm gula pasir
  • 2 sudu teh serbuk penaik
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 biji parutan kulit oren
  • 60ml  jus oren
  • 125gm mentega yang dicairkan
  • 125ml susu segar penuh krim
  • 2 biji telur saiz B
  • 125gm strawberi yang telah dihiris kecil-kecil

Cara membuatnya: 

  1. Panaskan oven pada suhu 150⁰C menggunakan api atas bawah. Ketepikan.
  2. Di dalam mangkuk, satukan tepung, gula pasir, serbuk penaik, garam, parutan kulit oren dan gaul sebati menggunakan dawai pengacau. Kemudian masukkan jus oren, mentega, susu segar penuh krim dan telur. Kacau sehingga adunan sebati.
  3. Akhir sekali masukkan strawberi tinggalkan sedikit untuk dihiaskan di atas adunan tepung.
  4. Sendukkan adunan tepung ke dalam cawan kertas yang telah disusun di dalam loyang pembakar kemudian hias di atas tepung itu dengan lebihan strawberi. Bakar muffin sehingga masak selama 30 minit atau bergantung kepada ketuhar masing-masing.
  5. Untuk lebih menarik, boleh letakkan aising buttercream di atasnya.

Selamat mencuba!

Sumber: rasa.my

Komen dgn Fesbuk

komen