Sepanjang bulan Ramadan, muka menjadi kusam kerana kurang tidur. Apa tidaknya, pagi-pagi buta lagi dah bangun masak sahur. Inilah rutin wanita yang berkeluarga. Penat dan mengantuk, semua tolak tepi. Kalau dah sebulan rutinnya begitu, bukan kulit je kusam tapi eye bag dah macam panda.

Pelbagai cara boleh dibuat untuk mengembalikan keserian wajah. Dan antaranya adalah dengan membuat masker berasaskan ubi kentang.

KHASIATNYA

  • Cerahkan kulit
  • Haluskan kulit
  • Boleh atasi sunburn
  • Kurangkan kedutan pada wajah
  • Atasi masalah kulit kusam
  • Kecutkan jerawat

DIY MASKER UBI KENTANG

Bahan yang diperlukan:

  • 2 biji kentang
  • Sedikit tepung jagung/ tepung ubi

Cara membuatnya:

  1. Rebus kentang sehingga lembut.
  2. Kemudian sagat kentang.
  3. Campurkan kentang yang disagat bersama tepung jagung.
  4. Gaul sebati, jadikan masker harian.
  5. Sapu pada seluruh wajah dan leher, biar selama 20 minit.
  6. Selepas itu, bilas dengan air bersih.

TIPS

  • Amalkan setiap malam untuk hasil yang terbaik

Sumber: mingguanwanita.my & google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen