Apabila Hari Raya semakin tiba, ramai yang mula mencari dan membuat kuih atau biskut raya kegemaran. Jom kita lihat resepi tiga biskut raya paling popular ketika Hari Raya dan mudah untuk dibakar. Mana tahu, rasanya akan lebih sedap kalau anda yang membuatnya?

CORNFLAKES MADU

Bahan yang diperlukan:

  • 125 gm mentega
  • 1/2 cawan gula perang
  • 1 cawan madu
  • 1 kotak cornflakes (500gm)
  • 1 cawan badam
  • Mangkuk kertas kecil
  • Ceri merah dipotong dadu bersaiz kecil

Cara membuatnya:

  1. Panaskan bahan – mentega, gula perang dan madu dalam satu periuk dengan api kecil.
  2. Kemudian, masukkan cornflakes dan badam. Gaulkan rata bersama campuran madu, mentega dan gula perang tadi.
  3. Guna sudu dan masukkan ke dalam mangkuk kertas dan hiaskan dengan ceri di atasnya.
  4. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 170’c selama 8 hingga 10 minit.

BISKUT KACANG MAZOLA

 

Bahan yang diperlukan:

  • 2 cawan serbuk kacang / kacang tanah
  • 2 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan gula kastor
  • Sedikit garam
  • Minyak jagung (Mazola)
  • Telur kuning

Cara membuatnya:

  1. Goreng kacang tanpa kulit sehingga separuh garing tanpa minyak kemudian dikisarkan.
  2. Masukkan tepung, kacang, gula dan garam ke dalam bekas dan gaul sebati.
  3. Masukkan minyak jagung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh.
  4. Canaikan doh dan tekap dengan acuan kemudian susun dalam loyang.
  5. Sapukan kuning telur diatas setiap doh yang telah ditekap.
  6. Bakar pada suhu 180’c selama 10 hingga 15 minit.

KUIH TART BUNGA

Bahan yang diperlukan:

  • 3 cawan tepung (diayak terlebih dahulu)
  • 1/2 cawan mentega
  • 1/2 minyak sapi
  • 1 biji telur
  • 1/4 sudu kecil garam
  • Jam nenas

Cara membuatnya:

  1. Masukkan mentega, minyak sapi dan telur ke dalam satu bekas, putar sehingga sebati tetapi jangan terlalu kembang.
  2. Masukkan tepung perlahan-lahan dan gaul menggunakan tangan sehingga menjadi doh.
  3. Biarkan doh seketika dalam 15 – 20 minit ke dalam peti sejuk.
  4. Kemudian, bentukkan mengikut acuan kesukaan anda.
  5. Gaul jam nenas bersama sedikit mentega supaya ianya tetap lembut dan tidak kering.
  6. Sudukan jam nenas ke atas tart dan bakar dalam suhu 170’s – 180’c selama 25 minit.

Selamat mencuba!

Sumber: jelita.com.my & google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen