Kita seringkali beranggapan bahawa tandas merupakan kawasan yang paling kotor di rumah dan menjadi pusat pembiakan bakteria dan kuman.

Tanpa kita sedari, ada beberapa benda lagi yang lebih kotor dari mangkuk tandas di rumah. Mengikut kajian para saintis, berikut adalah senarai tersebut:

  • SINKI DAPUR

    Sinki dapur sering digunakan dalam penggunaan harian. Apatah lagi jika anda kerap memasak dan menghabiskan masa di dapur. Bayangkan terdapat lebih 500,000 jumlah bakteria pada setiap inci persegi dalam lubang sinki sahaja.

  • SUIS LAMPU / KIPAS

    Pernahkah anda mengelap atau membersihkan suis lampu atau kipas? Jika tidak pernah, baik masukkan dalam  rutin pembersihan rumah anda. Ini kerana selama bertahun-tahun tangan kotor anda menyentuh suis tersebut ia menyumbang kepada 217, 000 jumlah bakteria per inci persegi.

  • TOMBOL PINTU

    Seperti yang anda tahu, tangan adalah salah satu anggota badan yang mudah tercemar. Menyentuh tombol pintu, yang juga jarang dibersihkan mengakibatkan kuman dan bakteria dari orang lain yang telah menyentuh tombol itu berpindah ke tangan anda.

  • PAPAN KEKUNCI KOMPUTER

    Dalam satu kajian rawak daripada 33 Papan Kekunci Komputer, empat daripadanya dikategorikan “Merbahaya untuk kesihatan”. Oleh itu adalah penting lap bersih Papan Kekunci Komputer anda dengan kain dan detergen ringan demi menjamin kebersihannya.

  • WANG/DUIT

    Sebanyak 135, 000 jumlah bakteria daripada satu not wang kertas dan purata jumlah 126, 000 dari not wang kertas yang lain didapati oleh Pesuruhjaya Kajian Kesihatan. Oleh itu, pastikan anda membasuh tangan dengan bersih setelah mengendalikan wang yang banyak.

  • SPAN BASUH PINGGAN

    Rekahan dalam span membuat ia sukar untuk membunuh dan membasmi bakteria dan kuman.Pengguna span secara umumnya hanya memindahkan bakteria dari satu tempat ke tempat lain. Cara yang mudah untuk membersihkan span adalah, panaskan dalam ketuhar gelombang microwave lebih kurang 60 saat selain  ia akan menghilangkan bau juga.

  • PEMEGANG PINTU PETI SEJUK

    Seperti tombol pintu , pemegang pintu peti ais juga diguna oleh semua penghuni rumah dan menjadi tempat berkumpulnya banyak bakteria.

  • TELEFON BIMBIT

    Ia digunakan secara meluas dalam penggunaan seharian. Mengikut kajian ianya mempunyai 18 kali ganda kuman dan bakteria berbanding tempat duduk tandas.Bersihkan dan menggunakan tisu antibakteria.

  • ALAT KAWALAN JAUH

    SARS, MRSA dan VRE antara bakteria yang mudah dipindahkan melalui Alat Kawalan Jauh Televisyen. Terutamanya Alat Kawalan Jauh Televisyen di Hotel, pastikan anda bersihkan dahulu dengan tisu basah ataupun balut ia dalam plastik semasa penginapan anda di mana-mana hotel.

Sumber: mingguanwanita.my & google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen