Yoga merupakan senaman yang sesuai kepada mereka yang mahu bersenam tetapi malas ke gimnasium. Yoga bukan sahaja dapat meningkatkan kesihatan fizikal, malah kesiahatan dalaman dan mental juga dapat dipertingkatkan.

Yoga mudah diamalkan di rumah pada bila-bila masa sahaja. Namun, pengedalian yoga bersendirian di rumah agak berbahaya jika postur yang dilakukan agak berisiko.

Jom lihat antara kebaikan mengamalkan yoga.

Imuniti Badan

Postur badan dan teknik dalam yoga mempunyai kelebihan yang berlainan. Postur terbaik dalam yoga antaranya posisi ‘Wheel Pose’ yang boleh meningkatkan imunisasi sistem tubuh badan yang terbukti dapat menguatkan otot di bahagian perut, merangsang tiroid dan kelenjar pituitary yang boleh meningkatkan daya ketahanan tubuh badan kita. Malah mampu menjadikan badan lebih fleksibel.

Mencegah Migrain

Sesuai untuk anda yang sering diserang migrain, yoga berkesan mengurangkan kesakitan jika diamalkan selama tiga bulan berturut-turut. Posisi Downward Dog Pose membantu meningkatkan aliran darah ke otak sekali gus merehatkan tekanan di bahagian kepala anda.

Tidur Lebih Lena

Kajian yang dilakukan oleh Universiti Harvard mendapati bahawa lapan minggu mengamalkan senaman yoga dapat meningkatkan kualiti tidur yang baik bagi mereka yang mengidap insomnia. Kesukaran untuk tidur adalah disebabkan otak anda aktif sehingga tidak boleh melelapkan mata. Posisi Child Pose mampu merehatkan minda serta mengurangkan tekanan yang dihadapi. Tarik nafas sedalamannya untuk melancarkan peredaran darah ke otak dan seluruh tubuh.

 

Sumber: jelita.com.my & google (gambar)

 

Komen dgn Fesbuk

komen