Diet Atkins adalah diet rendah karbohidrat yang semakin popular diamalkan oleh wanita yang mahu kurus lebih cepat. Tetapi, adakah benar diet ini mempunyai kebaikan dan keburukan tanpa kita sedari?

Apa itu diet Atkins?

Dr. Robert C. Atkins telah memperkenalkan diet ini pada awal tahun 70an. Anda hanya perlu mengambil makanan yang mengandungi protein (telur dan ikan) dan tidak boleh menyentuh makanan bersumber karbohidrat.

Pada dua minggu pertama, tubuh badan akan menghasilkan ketosis iaitu keadaan yang mana tubuh akan menggunakan lemak sebagai bahan bakar.

Bagaimana diet ini bertindak?

  • Pengambilan karbohidrat perlu dihadkan  sebanyak 20 gram saja.
  • Bukan bertujuan menyeksa tetapi untuk memastikan badan membakar lemak, bukan glukosa.
  • Dari segi sains, badan akan menggunakan glukosa sebagai bahan api terlebih dulu sebelum lemak. Jika anda mengehadkan karbohidrat, simpanan glukasa anda akan habis dalam masa 48 jam.
  • Jadi badan akan membakar lemak semata-mata dan cara ini akan menghilangkan lemak.
  • Ada dua tahap lagi yang harus dijalankan dalam diet ini iaitu, premaintenance dan maintenance. Pada tahap ini anda hanya tinggal mempertahankan diet, sekali gus mulai melihat hasilnya.

Risiko dan kesan?

Ramai yang mengamalkan diet ini dikatakan berjaya menurunkan berat badan. Diet ini memang berhasil untuk jangka pendek (2-6 bulan) berbanding diet yang lain.

Tetapi pengambilan keju kadangkala mendorong naiknya kadar insulin yang lebih banyak dari nasi, pasta, mi mahupun bubur. Ya, makanan berprotein mempunyai kadar lemak yang tinggi. Makanan berprotein juga dapat menurunkan kadar kalsium yang dapat menyebabkan berlakunya osteoporosis. Bagi penghidap penyakit hati dan ginjal, diet ini boleh menyebabkan masalah sembelit atau naik kadar kolesterol.

Diet Atkins memang membantu wanita yang mahukan tubuh badan langsing, tetapi lebih baik jika anda pelbagaikan sumber protein dan perbanyakkan makan ikan serta buah-buahan. Anda boleh mengamalkan diet ini sebagai langkah awal menurunkan berat badan untuk dua minggu tetapi bukan untuk selama-lamanya.

Sumber: mingguanwanita.my & google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen