Alat sulit atau ‘vagina’ adalah organ terpenting yang perlu diberi penjagaan rapi. Vagina mempunyai dua fungsi utama iaitu untuk perhubungan seks dan juga melahirkan anak.

Wanita mempunyai dua lubang kemaluan iaitu uretra dan faraj. Pembukaan dua lubang ini juga sangat berbeza kerana pembukaan lubang faraj lebih besar. Vagina berkait rapat dengan fungsi seksual, haid dan reproduktif.

CIRI-CIRI VAGINA SIHAT

  • Tidak mengalami keputihan

    Keputihan merupakan cairan vagina yang berfungsi membersihkan dan melindungi vagina. Namun, ada dua jenis keputihan iaitu keputihan normal dan tidak normal. Keputihan yang normal adalah tidak berbau dan kering. Manakala jika keputihan tidak normal biasanya disertai dengan bau busuk, berwarna kekuningan, lebih kental dan bersifat gatal.

  • Tiada luka

    Vagina yang sihat kebiasaanya tidak mengalami sebarang pendarahan atau luka-luka kecil semasa melakukan hubungan seks. Ia boleh dilihat sekiranya bahagian kulit atau luar vagina kelihatan melecet. Perkara seperti ini berlaku disebabkan bakteria ataupun virus yang masuk ke bahagian vagina. Sekiranya anda mengalami infeksi seperti ini segeralah berjumpa dengan doktor dan gunakan ‘feminine wash’ yang tepat untuk mencuci vagina anda.

  • Bebas penyakit

    Cara mudah mengenal pasti vagina anda bebas dari penyakit adalah dengan berjumpa dengan doktor pakar sakit puan. Sekiranya anda segan, anda boleh mengenal pasti sendiri dari rumah. Cuba kenal pasti sekiranya terdapat benjolan yang timbul di vagina anda, ia adalah tidak normal. Benjolan tersebut berkemungkinan tersebabkan bakteria atau penyakit kelamin.

  • Boleh melahirkan anak

    Ciri-ciri penting yang harus ada pada setiap wanita adalah boleh melahirkan anak. Perkara ini sangat penting selain meramaikan keturunan anak Adam, ia juga penyumbang kepada kebahagiaan rumahtangga. Anda tentu tidak mahu dikategorikan sebagai mandul sekiranya tidak dapat melahirkan zuriat. Jadi, segeralah berjumpa dengan doktor untuk memastikan kesihatan vagina anda.

TIP MENJAGA KEBERSIHAN VAGINA

  1. Cuci vagina dengan bersih selepas membuang air kecil. Gunakan sabun khas jika perlu. Pastikan vagina anda berada dalam keadaan kering selepas anda membasuh vagina anda.
  2. Pastikan seluar dalam anda sentiasa bersih. Gunakan seluar dalam jenis kain kapas yang menyerap peluh. Sekiranya anda mengalami keputihan, gunakan pantyliner.
  3. Cukur bulu-bulu yang berlebihan di sekitar alat sulit untuk mengelakkan peluh dan pembiakan bakteria.

Sumber: rapi.karangkraf.com & google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen