It’s a Waffle Day! Sempena hari Waffles sedunia ini, Abang Brian nak kongsikan resepi membuat waffle. Confirm senang punya!

Jom kita tengok apa bahan yang digunakan dan bagaimana membuatnya.

Bahan yang diperlukan:

  • 2 cawan tepung serbaguna (diayak)
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 sudu kecil baking soda
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 cawan buttermilk rendah lemak
  • 1/2 cawan mentega (dicairkan)
  • 2 biji telur

Cara membuatnya: 

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 275 darjah celcius.
  2. Dalam mangkuk sederhana, pukul tepung, gula, serbuk penaik, baking soda dan garam. Ketepikan.
  3. Dalam mangkuk besar, pukul mentega, buttermilk dan telur; campurkan dengan tepung dan gaulkan sehingga adunan bercampur.
  4. Panaskan tempat membuat waffle mengikut arahan pengeluar. Sapukan sedikit minyak.
  5. Tuang adunan ke tempat membuat waffle dan biarkan 1/2 inci ruang pada setiap sisi.
  6. Tutup mesin pembuat waffle; masak selama 3 hingga 5 minit atau sehingga waffle berwarna coklat keemasan dan rangup.
  7. Selesai memasak, pindahkan ke dalam ketuhar untuk mengekalkan kehangatannya.
  8. Ulangi dengan adunan yang ada sehingga adunan habis.

Selamat mencuba!

Sumber: marthastewart.com & google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen