Rumah kenalah sentiasa bersih dan kemas. Terutamanya ketika bulan perayaan ini. Tapi jangan bab habuk dan sampah saja yang diberi perhatian, bab barang-barang dalam rumah juga penting. Cuba tip ini untuk memudahkan anda mencuci kipas  dengan pantas dan mudah tanpa menyebabkan habuk-habuk berterbangan sehingga mengotorkan ruang di dalam rumah.

1.    Masukkan sarung bantal pada bilah kipas. Kemudian, tarik sarung bantal ke bahagian atas dan bawah bilah kipas.

2.    Tarik semula kain tersebut dan habuk serta kotoran yang ada akan turut dibersihkan juga.

Ikut tip ini bagi memastikan kipas yang dicuci tidak berhabuk kembali dalam tempoh 2 hingga 3 bulan. Mudah dan jimat!

  • Basuh bilah kipas dan bersihkan kipas anda terlebih dahulu.

  • Kemudian tuangkan sedikit pelembut kain ke dalam bekas tanpa campur air.

  • Celupkan span atau kain ke dalam cecair pelembut tadi dan sapukan pada permukaan bilah dan jaring kipas.

  • Biarkan selama 5 minit. Kemudian bilas dan keringkan kipas tersebut. Lepas tu baru pasangkan kipas itu kembali.

Sumber: keluarga.my & google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen