Ada caranya bagaimana hendak membasuh pakaian. Elakkan daripada memasukkan semuanya ke dalam mesin tanpa mengasingkannya terlebih dahulu. Tapi kita kadang-kadang tidak sedar tercampur pakaian berwarna dengan baju putih ketika merendam atau mencuci pakaian. Akibatnya warna baju itu melekat pada pakaian berwarna putih.

Contoh lain, denim dan baju putih tidak boleh direndam bersama kerana warna denim boleh mencacatkan baju putih anda.

Sayang nak dibuang sedangkan baju itu masih baru dan lebih penting lagi mungkin ia salah satu baju kegemaran anda. Ini adalah tip apa yang anda perlu buat sekiranya warna baju sudah melekat pada pakaian lain.

Rebus Baju

Rebus baju? Jangan terkejut kerana kaedah ini menjadi. Rebus sehingga hilang warna yang melekat pada baju itu. Tapi anda perlu lihat juga jenis fabrik yang ingin direbus. Kalau fabriknya tebal dan tidak sensitif tidak mengapa. Sekiranya fabrik nipis dan sensitif, rendamkan saja dengan air panas selama beberapa minit.

Perahan Limau

Rendamkan baju yang terkena warna tu dalam air panas yang telah dicampurkan dengan perahan limau. Sekiranya kotoran banyak, anda mungkin memerlukan perahan yang banyak. Ianya bergantung kepada tahap warna yang melekat pada baju anda.

Clorox Lemon

Letak 1 bekas sabun basuh baju dalam baldi. Isi air ikut anggaran baju yang hendak direndam. Isikan lima penutup botol clorox lemon. Kemudian, kacau air sabun dan clorox sehingga sebati. Masukkan baju anda. Rendaman yang lama untuk baju berwarna manakala pakaian putih mungkin dalam masa 10 jam.

Sumber: keluarga.my & google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen