Muak dah bila asyik makan kuih raya. Jadi, apa kata kita cuba buat snek lain? Kali ini kami kongsikan resepi Maruku Cheese. Cara nak buat dia senang sahaja tau. Rasanya manis-manis rangup lagi. Jom la cuba!

Bahan yang diperlukan: 

  • 250gm krim keju
  • 175gm tepung beras pulut
  • 100gm gula ising
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu teh garam
  • 60gm air
  • Minyak menggoreng

Cara membuatnya: 

  1. Satukan tepung beras pulut, krim keju dan gula ising. Gaul rata.
  2. Kemudian masukkan telur dan air. Adun hingga sebati dan tidak berketul.
  3. Masukkan adunan maruku ke dalam acuan dan goreng dalam minyak menggunakan kepanasan sederhana.
  4. Angkat maruku setelah ia kelihatan kekuningan.

Selamat mencuba!

Sumber: rasa.my & google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen