Wanita harus mementingkan dan mengambil perhatian lebih kepada kesihatan rahim dan faraj kerana ianya adalah anggota tubuh wanita yang berkait dengan peranakan.

Berikut adalah beberapa amalan penjagaan luaran yang boleh anda lakukan untuk memastikan bahagian ini sihat dan bebas penyakit.

Mandi serum

Mandi serum paling mudah boleh dilakukan kerana menggunakan bahan dapur yang sedia ada seperti halia, kunyit dan pandan. Mandi serum atau mandi herba ini biasa dilakukan oleh ibu lepas bersalin. Tapi boleh juga dipraktikkan oleh wanita yang bukan dalam pantang. Daun-daun berikut  akan dikutip dan direbus untuk dibuat mandian.

  • Daun pandan
  • Daun limau purut
  • Daun serai wangi
  • Daun mengkudu
  • Daun kunyit
  • Halia

Selain bertujuan untuk membuang angin, khasiat dari rebusan daun tersebut mampu melancarkan perjalanan darah serta memberi kesan pada kulit.

Bertangas

Tidak ramai yang amalkan bertangas kerana mungkin merasakan kaedah ini agak leceh. Sebenarnya senang sahaja, wapkan saja faraj anda dengan wap dari bahan tangas selama 20-30 minit.

Terdapat dua jenis tangas iaitu tangas kering dan tangas basah. Tangas basah sesuai bagi yang mengalami masalah faraj kering dan sesuai juga bagi wanita yang pra menopaus. Caranya adalah dengan merebus herba tangas dan wap rebusan dihalakan pada faraj.

Tangas kering pula memerlukan batu tungku. Herba tangas yang dihancurkan diletakkan di atas batu tungku yang telah dipanaskan lalu wap dari batu tungku itu perlu dihalakan pada faraj.

Ini adalah amalan orang lama untuk mendapatkan memastikan keadaan faraj sihat. Segala toksin akan keluar dari faraj melalui peluh yang keluar ketika proses bertangas.

Bahan paling mudah untuk tangas basah adalah sirih dan manjakani. Tangas kering pula manjakani, kunyit, halia, halba, perahan limau.

Rendaman faraj

Maksudnya faraj perlu direndam dalam air rebusan herba mengandungi garam bukit, sirih, manjakani. Biarkan air menjadi suam sebelum berendam. Rendaman faraj dan tangas ini sesuai bagi wanita yang ingin bebas dari masalah keputihan serta boleh merawat masalah buasir.

Meruang

Umpama longkang yang tidak dibersihkan, ia akan tersumbat. Begitu jugalah keadaan dalam lubang faraj kita yang tidak pernah meruang. Sisa air mani dan sisa haid atau keputihan akan menempel di dinding faraj. Lama-kelamaan akan timbul lendir yang berbau dan menyebabkan kegatalan. Meruang adalah cara membersihkan lubang faraj menggunakan jari telunjuk yang bersih dan berkuku tumpul.

 

Sumber: keluarga.my & google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen