Pernah tak mengalami situasi ikan yang kita goreng melekat tanpa sebab? Mungkin kerana minyak yang tidak cukup panas atau  ditambah dengan keadaan kuali yang tidak berapa baik.

Ikan akan melekat jika mempunyai kesan masakan seperti hangus atau sebagainya di tengahnya. Begitu juga apabila minyak yang digunakan tidak panas dengan sepenuhnya.

Apa yang anda harus lakukan sekiranya terjadi situasi ini? Elakkan daripada membalikkan ikan kerana ia akan menjadi bertambah hancur.

Jom cuba petua ini untuk memastikan ikan dapat dibalikkan dengan sempurna.

Bahan-bahan: 

  • Asam keping
  • Minyak masak

Tip: 

  1. Pastikan kuali dalam keadaan bersih iaitu tiada sebarang lebihan kesan hangus yang tertinggal. Lebihan sisa akan meninggalkan kesan pada ikan yang bakal di goreng.
  2. Pastikan minyak betul-betul dipanaskan terlebih dahulu dan kemudian barulah dimasukkan ikan.
  3. Apabila ikan melekat, jangan panik sebaliknya masukkan asam keping ke dalam minyak gorengan. Cukup hanya sekeping sahaja dan biarkan seketika.
  4. Kemudian barulah anda cuba semula untuk mengalihkan ikan. Hasilnya ikan tidak melekat lagi.

 

Sumber: keluarga.my & google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen