Dengan bermacam-macam jenis dan rupa biskut raya yang tersedia ketika musim perayaan ini, tentunya kita akan memilih rupa biskut raya yang cantik bukan? Haaa bukan rasa je penting, rupa pun penting tau!

Cubalah resipi Biskut Tembikai ini. Mesti ramai yang sukakan biskut raya anda!

Bahan yang digunakan: 

  • 250gm mentega
  • 180gm gula halus
  • 300gm tepung gandum (diayak)
  • 150gm tepung jagung (diayak)
  • 5 sudu cornflakes (dikisar halus dan diayak)
  • 1 biji kuning telur
  • pewarna kuning, merah, hijau
  • Bijan hitam (untuk hiasan

Cara membuatnya: 

  1. Masukkan mentega  dan gula dan kacau dalam mixer hingga sebati
  2. Masukkan kuning telur (kacau lagi hingga sebati)
  3. Masukkan tepung gandum + tepung jagung + cornflakes, letak sikit-sikit dan gaul hingga rata.
  4. Bahagikan doh kepada 2/3 bahagian bergantung warna yang diinginkan nak sama ada warna merah atau kuning atau nak dua-dua dan warna hijau.
  5. Pastikan doh warna hijau kurang sedikit dari warna merah dan kuning.
  6. Buat bulat-bulat kecil ikut selera masing-masing (buat sama banyak).                                         
  7. Leperkan bulat-bulat hijau sebab nak jadikan kulit luar.
  8. Masukkan bulat-bulat merah or kuning atas kulit hijau tadi dan pastikan kulit hijau tu meliputi kesemuanya.                                                          
  9. Buat sampai siap dulu baru ambik pisau yang paling tajam untuk potong.
  10. Bulat-bulat yang dah siap tadi dibelah 4 macam belah telur tu ( potong perlahan-lahan).
  11. Susun bijan, kemudian, masukkan dalam papercup.
  12. Bakar pada suhu 200°c 15 – 20 minit.

Selamat mencuba!

Sumber: mingguanwanita.my & google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen