Gula sering kali menjadi makanan satu-satunya yang akan dipersalahkan kerana menjadikan anak aktif dan sukar dikawal. Tapi sebenarnya, ada makanan lain yang juga akan memberikan impak kepada kelakuan si kecil. Antaranya ialah:-

  • GulaYa, apabila gula diambil melebihi paras yang normal akan menyebabkan kanak-kanak terlalu aktif. Gula juga dikenal pasti sebagai penyebab utama masalah kesihatan jangka panjang.
  • Produk tenusuMinum susu memberikan khasiat yang berguna kepada si manja untuk Namun bagi si manja yang alergi kepada protein yang terkandung dalam produk tenusu, mereka kana menunjukkan gangguan kepada mood dan kelakuan iaitu agresif dan sensitif apabila terdedah kepada laktosa.
  • Bahan pengawetBahan pengawet terdapat banyak di dalam makanan berproses seperti makanan dalam tin dan produk sejuk beku. Perlu diketahui pemakanan yang kaya dengan makanan berproses berkait rapat dengan tekanan perasaan, perkembangan terbantut dan masalah tidur.
  • Bahan perasaBahan perasa seperti monosodium glutamate (MSG) boleh menyebabkan sakit kepala dan hyperactivity kepada kanak-kanak.
  • Pewarna tiruanTidak ramai yang tahu perwarna tiruan mempunyai perkaitan yang rapat dengan ADHD, hyperactivity dan perubahan tabiat. Hati-hati akan kehadiran pewarna tiruan ini selalunya tersembunyi di dalam sebuku roti atau tairu.

Sumber: majalahpama.my & google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen