Berenang merupakan aktiviti fizikal yang mampu membantu anda membakar kalori dengan banyak dan cepat. Ia kerana berenang akan melibatkan kesemua otot utama juga. Secara tidak langsung, ia mampu membentuk badan menjadi lebih menarik. Pendek kata, berenang adalah cara yang berkesan untuk menurunkan berat badan dan dalam masa yang sama, mengekalkan bentuk yang menawan.

Untuk menguruskan badan, terdapat beberapa pergerakan yang digabungkan bersama aktiviti renang. Antara yang popular ialah aqua aerobics.

Berenang mampu membina otot dan bentuk badan kerana ia melibatkan pergerakan kesemua otot badan. Dengan itu, anda boleh sasarkan bahagian badan mana yang anda ingin fokuskan. Dalam sukan renang, ia meliputi:

  • Freestyle (gaya bebas)
  • Breaststroke ( Kuak dada)
  • Backstroke ( Kuak lentang)
  • Butterfly ( Kuak kupu-kupu)

Kebaikan Berenang

  • Membakar kalori dengan banyak.
  • Jantung dan paru-paru bekerja dengan lebih aktif kerana ia membekalkan oksigen.
  • Melatih sistem pernafasan dengan lebih bagus.
  • Mengurangkan risiko tekanan darah rendah.
  • Meningkatkan tahap kekuatan badan.
  • Meningkatkan tahap fleksibiliti badan kerana anda akan bertindak balas dengan pergerakan –pergerakan yang utama.
  • Mengurangkan risiko penyakit kronik seperti diabetes, strok, dan sakit jantung.
  • Memberi efek keseronokan dan tenang kerana anda akan punya masa ‘me time’ dan sebagainya.
  • Ia membina kembali kekuatan otot setelah tercedera. (Pilihan atlet-atlet)

Sebagai permulaan…

  • Periksa pusat renang yang sesuai. Ini kerana terdapat pusat renang yang khusus untuk kanak-kanak, dewasa, perempuan dan sebagainya.
  • Cuba sekurang-kurangnya sekali seminggu untuk berenang.
  • Lakukan senaman regangan sebelum memulakan aktiviti berenang.
  • Ajak kawan jika anda inginkan suasana yang lebih meriah dan seronok. Kawan juga boleh memberi motivasi kepada anda.
  • Mulakan dengan gaya bebas. Selepas anda sudah mahir dan badan sudah bersedia, barulah anda tukar kepada gaya yang lain.
  • Mulakan dengan jarak berenang yang dekat sebelum menambahkan kepada yang lebih jauh.

Sumber: rapi.karangkraf.my & google (gambar)

 

 

Komen dgn Fesbuk

komen