Agak berbeza resepi yang kami kongsikan kali ini. Tetapi apa salahnya kalau kita cuba yang sedikit berbeza daripada biasa kan> Jom cuba resepi Karipap Kentang Marshmallow ini dan sajikan pada tetamu-tetamu yang datang.

Tip: Masukkan marshmallow terlebih diikuti dengan inti. Ia bagi mengelakkan marshmallow cair dan meleleh keluar dari kulit karipap.

Bahan yang diperlukan: 

Kulit Karipap

  • 500gm tepung gandum
  • 170ml minyak jagung
  • 250ml air berais 
  • 1 sudu teh garam halus
  • Minyak secukupnya untuk menggoreng

Inti

  • 6 biji ubi kentang (dikupas kulit, potong  dadu & rebus)
  • 2 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 4 sudu makan rempah kari
  • 1 tangkai daun kari
  • 3 tangkai daun sup dan daun bawang (dihiris halus)
  • 2 cawan air atau secukupnya
  • 2 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa
  • 1/2 cawan Mini Marshmallow

Cara membuatnya: 

  1. Kulit karipap: Gaul semua bahan sehingga menjadi doh. Rehatkan sebentar.
  2. Inti: Panaskan minyak masak dan tumis bawang besar serta bawang putih hingga keperangan.
  3. Kemudian masukkan rempah kari. Tumis sebentar sehingga garing dan naik bau. Tambah sedikit air.
  4. Seterusnya masukkan daun kari. Kacau seketika.
  5. Campurkan ubi kentang yang telah direbus tadi. Masukkan juga daun sup, daun bawang  dan perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya. Setelah inti siap, sejukkan seketika.
  6. Ambil doh dan canai mengikut saiz yang dikehendaki. Sudukan satu sudu makan inti dan beberapa biji Mini Marshmallow. Kelim karipap dengan kemas.
  7. Panaskan minyak masak dengan secukupnya dan goreng hingga masak. Sedia untuk dinikmati.

Selamat mencuba!

Sumber: rasa.my 

Komen dgn Fesbuk

komen