Warga emas lebih terdedah kepada banyak risiko kesihatan disebabkan oleh kekurangan nutrien dalam pemakanan mereka. Perubahan fisiologi, psikologi dan ekonomi semasa peringkat ini boleh menyumbang kepada pemakanan yang kurang sihat. Ini boleh menjurus kepada keadaan seperti malnutrisi, kurang zat makanan dan berlebihan zat makanan.

Malnutrisi ialah suatu keadaan yang disebabkan oleh pengambilan makanan atau nutrien yang tidak mencukupi.

Kurang zat makanan pula merujuk kepada keadaan di mana penyerapan nutrien adalah rendah atau kehilangan nutrien yang berlebihan.

Berlebihan zat makanan adalah disebabkan oleh akibat berlebihan makan atau pengambilan nutrien yang berlebihan.

Faktor Kurang Berat Badan Pada Warga Emas 

  • Kurang bekalan makanan dan cara penyediaan makanan yang tidak sesuai
  • Kebersihan dan sanitasi yang kurang baik
  • Jangkitan/ penyakit
  • Masalah mental
    • Dementia
    • Kecelaruan minda dan kemurungan
  • Fisiologi
    • Tiada gigi – kurang keupayaan mengunyah
    • Kurang selera makan
  • Ekonomi
    • Kurang pendapatan
    • Tidak dapat membeli barang keperluan

Masalah Biasa Yang Dihadapi Oleh Warga Emas & Cara Mengatasinya 

Mengunyah

  • Cuba makanan bijirin bayi yang ada di pasaran.
  • Ubah makanan kepada tekstur yang lembut atau puri.
  • Masak sayur lebih lama tetapi menggunakan air yang sedikit untuk mengelakkan kehilangan vitamin dan mineral secara berlebihan.
  • Kisar atau cincang ikan, daging, ayam atau sayur-sayuran.
  • Dapatkan rawatan pergigian

Gangguan perut (upset stomach)

Perut kembung atau masalah sakit perut yang lain akan membuatkan warga emas menghindar daripada makanan yang dianggap penyebab masalah tersebut. Ini akan memungkinkan kekurangan nutrien-nutrien penting seperti vitamin, kalsium, serat dan protein dalam badan.

  • Cuba lebihkan pengambilan makanan daripada kumpulan susu, buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Elakkan makanan yang berempah

Tidak berupaya pergi membeli makanan

Masalah kurang upaya untuk memandu, mengalami masalah untuk berjalan atau berdiri lama akan membuatkan warga emas tidak mampu untuk memberi makanan sendiri.

  • Berikan bantuan ahli keluarga atau jiran membelikan barangan makanan
  • Minta kedai runcit yang berhampiran tempat kediaman untuk menghantar barang-barang  runcit ke rumah warga emas tersebut.

Tidak berupaya memasak

Mungkin warga emas susah untuk memegang peralatan memasak, periuk, kuali atau mereka  mengalami masalah untuk berdiri lama.

  • Guna ketuhar gelombang mikro untuk memasak hidangan ringkas seperti makanan dingin beku atau makanan dibeli siap dimasak dari kedai.
  • Libatkan diri dengan program warga emas yang berhampiran dengan kediaman (sekiranya ada).
  • Berpindah ke rumah keluarga atau rumah kebajikan di mana makanan disediakan oleh penjaga atau ahli keluarga.

Kurang selera makan

  • Makan bersama keluarga dan rakan-rakan.
  • Libatkan diri dalam aktiviti komuniti yang menyediakan makanan dan memberi peluang berjumpa dengan rakan baru.
  • Berkongsi makan bersama rakan-rakan dan ahli keluarga.
  • Tonton TV atau dengar radio semasa makan agar mereka dapat menghilangkan kesunyian terutamanya apabila tinggal berseorangan.
  • Keluar makan bersama rakan-rakan dan ahli keluarga.
  • Tanya doktor jika ubat yang diambil menyebabkan masalah kurang selera makan atau deria rasa. Jika begitu, tanya doktor sama ada ubat boleh ditukar.
  • Tingkatkan perisa makanan dengan menambahkan herba dan rempah ratus ke dalam  makanan.

Masalah kewangan

Berpendapatan rendah boleh menjejaskan pengambilan makanan yang baik.

  • Beli makanan berkhasiat yang murah seperti telur, tempe, bijian kering dan ayam.
  • Pilih buah-buahan dan sayur-sayuran tempatan serta makanan yang bermusim berbanding makanan yang diimport dari luar negara.
  • Beli makanan semasa tawaran murah atau makanan dari jenama kedai tersebut.Biasanya produk tersebut dijual pada harga yang lebih rendah.

Cadangan untuk memperbaiki cara penyediaan makanan 

  • Nasi – Lebihkan air semasa memasak nasi supaya lebih lembut. Lenyek sekiranya perlu. Bubur nasi atau oat merupakan alternatif yang baik.
  • Sayur-sayuran mentah – Cincang halus sayuran dan lecekkan sayur yang telah dimasak.
  • Buah-buahan segar – Pilih buah yang lembut seperti betik dan pisang. Jus buah dan buah dalam tin yang lembut merupakan alternatif yang baik.
  • Daging – Pilih gantian yang lebih lembut seperti ikan dan ayam. Cincang atau kisar daging sehingga halus supaya mudah dimasak.

Sumber: myhealth.gov.my & google (gambar)

 

Komen dgn Fesbuk

komen