Tiada idea nak buat apa untuk rumah terbuka minggu ini? Apa kata korang cuba buat puding kastard?  Puding kastard dengan kuah susu dan koktail buah-buahan campuran ini seringkali menjadi pilihan hidangan pencuci mulut ketika majlis rumah terbuka, majlis hari jadi dan sebagainya.

Rasa pudingnya yang enak, kuah susunya yang manis berlemak disamping buah-buahan yang berwarna warni mampu membuka selera sesiapa sahaja. Jika anda buat puding istimewa ini ketika rumah terbuka anda, pasti ramai yang suka. Cara nak buatnya juga tidaklah sesukar mana, pasti berpuas hati dengan hasilnya nanti.

 

Bahan yang diperlukan: 

Puding

  • 1 tin susu cair
  • 1 tin tepung kastard (ikut sukatan tin susu) 
  • 4 tin air 
  • Setengah tin gula pasir

Kuah Susu

  • 2 tin susu cair 
  • 1 tin susu pekat 
  • 1 tin @ 3/4 tin gula pasir (ikut kemanisan) 
  • 1/2 tin air 
  • 1 tin buah-buahan koktail

Cara membuatnya: 

Puding 

  1. Larutkan semua bahan didalam kuali.
  2. Setelah larut, barulah letakkan kuali tersebut diatas dapur dan buka api.
  3. Guna api yang paling perlahan dan kacau selalu adunan tersebut sehingga ia nampak pekat dan berkilat.
  4. Kemudian,masukkan ke dalam bekas-bekas kecil atau boleh juga masukkan ke dalam loyang.
  5. Biarkan puding sejuk seketika dan simpan didalam peti sejuk.

Kuah Susu 

  1. Campurkan semua bahan-bahan tersebut ke dalam periuk kecuali buah-buahan koktail didalam tin.
  2. Kacau sebati atas dapur dengan menggunakan api yang paling kecil, cukup sekadar memanaskan  kuah susu dan tidak perlu sehingga kuah susu mendidih.
  3. Setelah suam,masukkan air dan buah-buahan koktail dan simpan didalam peti sejuk.

Tip: 

Simpan semalam didalam peti sejuk semalaman dan jangan letak ais pada kuah susu kerana ia akan membuatkan kuah susu cair.

Boleh juga campurkan dengan buah-buahan segar seperti strawberi, kiwi, peach dan sebagainya.

Selamat mencuba!

Sumber: mingguanwanita.my & google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen