Bukan main payah lagi nak suruh anak minum air masak. Sampai kena pura-pura marah dahulu, baru mereka akan minum. Alasan mereka tak nak minum air masak sebab tak ada rasa dan tak sedap. Pandai betul memberi seribu alasan untuk mengelaknya. Kita ibu bapa yang pening melayan. Jadi, cara apakah yang elok bagi menggalakkan mereka meminum air masak banyak?

Sediakan botol air khusus untuk setiap seorang

Sediakan botol air khusus untuk setiap anak-anak tak kira semasa keluar berjalan-jalan, sekolah atau ke mana sahaja. Cara ini lebih memudahkan anak dan apabila mereka nak minum air dah tersedia. Tak perlu lagi nak berhenti atau mencari kedai untuk membeli air.

Sediakan botol air, cawan ataupun bekas minuman yang pelbagai dan menarik

Bekas minuman yang anak suka, praktikal dapat memberi tarikan pada anak dan dia rasa selesa nak minum. Jika anak suka princess apa salahnya cari botol yang ada gambar princess. Itu lagi memberi semangat pada anak.

Beli silly straw ataupun crazy straw

Ini antara tarikan bagi anak yang susah nak minum air. Silly straw ini juga bagus untuk bagi otot bibir dan mulut exercise. Kalau ada anak-anak yang speech delay boleh belikan ni ajar dia hisap untuk kuatkan otot mulut.

Hidangkan koktail buah-buahan

Sediakan buah-buahan macam tembikai, pear, jambu air, tembikai susu, oren anggur atau lain-lain. Sebab buah-buahan ni mengandungi kandungan air yang tinggi. Potong dadu dan masukkan dalam air. Bila dia nak kaut buah tu sekurang-kurangnya terpaksa minum sikit air dalam gelas tu. Ataupun buat sup yang sedap untuk dihirup. Nak pelbagaikan lagi boleh buat jelly atau puding.

Buat jus buah-buahan

Anak-anak ni pun pandai rasa bosan. Bila makin besar pandai pula minta macam-macam. Nak-nak yang ada warna menarik, sejuk dan rasa pun sedap. Jadi ibu boleh buatkan jus buah-buahan ataupun minuman sendiri. Bukan sahaja ada vitamin dan mineral tapi kaya dengan serat juga. Cara ini sesuai untuk anak-anak yang cerewet susah nak makan ataupun sembelit. Dan berkesan dengan keadaan cuaca panas dan nak anak minum banyak air.

Buat ice cube pelbagai bentuk

Sekali-sekala cuba buat ice cube ataupun ais krim sendiri. Bancuh sahaja kordial Sunquick dengan air kosong lepas tu bekukan. Buatlah dalam acuan yang macam-macam bentuk untuk menarik minat mereka.

Ajar anak-anak untuk sediakan dan hidang minuman sendiri

Sesekali kita bagi lah peluang dia pilih sendiri cawan mana nak digunakan, biarkan mereka mengambil, menuang, membancuh dan minum air dengan sendiri. Memang akan tumpah, bersepah, basah baju dan menambahkan kerja mak-mak nak mengemas. Tapi kalau ini yang buatkan anak minum banyak, apa salahnya kan?

Jadi contoh 

Nak anak minum air tapi mak ayahnya susah sangat nak minum air. Nak anak minum air masak sebagai ibu bapa kena jadi contoh. Setiap kali pada waktu tertentu bila ibu bapa minum ingatkan diorang juga untuk minum air.

Latih anak-anak amalkan minum air masak atau air kosong mencukupi setiap hari sejak kecil supaya jadi kebiasaan. Kesihatan lebih baik dan gigi pun tak cepat rosak. Walaupun nak galakkan minum air kosong, tapi ibu kena kreatif dan fleksibel. Boleh je campur air masak dengan bahan-bahan lain untuk lebih berperisa dan anak rasa tertarik. Yang penting tiada bahan pewarna kimia, perisa tiruan dan gula yang tinggi.

Sumber: majalapama.my & google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen