Pernah tak mengalami situasi ketika anda menggoreng ayam, ia tidak masak? Atau ketika anda makan di kedai, ayam goreng yang anda pilih masih ‘berdarah’ dan kurang masak?

Ayam mentah tidak elok untuk dimakan kerana ia akan menyebabkan keracunan makanan. Tip ini adalah panduan ketika anda menggoreng ayam untuk mengelakkan isi ayam mentah ‘berdarah’ walaupun sudah digoreng dalam minyak panas.

PERHATIKAN SAIZ AYAM

Seandainya saiz ayam agak besar, anda boleh merebusnya terlebih dahulu sebelum digoreng. Jika tidak terlalu besar, boleh terus digoreng.

GUNAKAN MINYAK YANG BANYAK

Minyak yang banyak dapat ‘merendam’ ayam dan membuat isinya masak rata. Jika mahukan hidangan lebih sihat, gantikan minyak masak biasa dengan minyak biji bunga matahari, kanola atau minyak jagung.

MASAK DENGAN API SEDERHANA

Anda boleh gunakan api besar ketika panaskan minyak. Kemudian segera kecilkan api ketika memasukkan ayam. Selepas 2-3 minit, kuatkan api ke sederhana dan teruskan goreng ayam sehingga masak.

CUCUK DENGAN GARFU

Cucukkan dengan garfu sebelum menggoreng supaya isi ayam lebih mudah masak ketika digoreng.

BIARKAN SEKETIKA

Jika ayam disimpan dalam peti sejuk beku, pastikan anda membiarkan ia lembut dengan betul sebelum digoreng. Ayam beku hanya akan masak di bahagian luar saja ketika digoreng sedangkan isi dalam masih mentah.

Sumber: rasa.my & google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen