Tahukah anda, kopi juga mempunyai kebaikan luar biasa selain daripada rasanya dan kualitinya terutama sekali untuk kecantikan? Perkongsian kali ini berkesan dengan menggunakan kopi dan juga sisa serbuk kopi sebagai ubat kecantikan yang boleh membantu menyelesaikan pelbagai masalah kecantikan anda.

Kulit Wajah Kusam

  • Campurkan satu sudu besar serbuk kopi, satu sudu teh krim masam, satu sudu teh madu dan satu telur mentah.
  • Kacau semua bahan sehingga anda mendapat pulpa licin dan kemudian, sapukan pada wajah anda. Bilas dengan air sejuk selepas 15 minit.

Tip: Sapukan masker tidak lebih dari satu hingga dua kali seminggu.

Kulit Berminyak

  • Campurkan serbuk kopi segar dengan satu sudu besar yogurt.
  • Sapukan campuran pada wajah anda, dan urut selama satu hingga dua minit. Kemudian, bilas dengan air sejuk.

Bintik Hitam

  • Campurkan  dua sudu besar serbuk kopi kering dengan curd dalam nisbah 1:1.
  • Sapukan ubat pada kulit, urut selama dua minit, kemudian biarkan selama 10 minit. Selepas itu, bilas dengan air suam.

Tip: Ulangi rawatan ini seminggu sekali.

Bibir Kering Dan Merekah

  • Campurkan 1/2 sudu teh serbuk kopi dan 1.2 sudu teh madu.
  • Urut skrub pada bibir anda selama 30 saat. Kemudian, bersihkannya dengan putik kapas yang basah.

Bengkak Di Bawah Mata

  • Campurkan 1/2 sudu teh biji kopi atau serbuk kopi segar, 1/2 sudu teh minyak kelapa, secubit lada hitam dan beberapa titik air.
  • Sapukan masker pada muka anda di bahagian bawah mata. Selepas masker kering, bilas dengan air suam.

Rambut Gugur

  • Campurkan dua sudu besar serbuk kopi fine atau medium dengan tiga oz minyak zaitun yang sudah dipanaskan.
  • Sapukan mask pada rambut yang lembap. Sapukan di sepanjang rambut anda dan balut rambut dalam foil. Selepas 30 minit, bilas rambut anda dengan syampu.

Tip: Sediakan masker satu hingga dua kali seminggu. Rawatan ini akan lengkap sekiranya anda menyapukan masker ini sebanyak 12 kali. Apabila digunakan pada rambut yang nipis, ia mungkin akan menyebabkan perubahan pada warna rambut anda.

Selulit

  • Campurkan serbuk kopi atau serbuk kopi kering dalam jumlah yang sama dengan garam dan kemudian tambahkan beberapa titik minyak zaitun,
  • Gosok pada kulit dan urut dengan pergerakan menaik secara perlahan.

Tip: Ulang langkah ini satu hingga dua kali seminggu.

 

Sumber: jelita.com.my & google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen