Diet Vegetarian ini diamalkan oleh individu atas sebab agama, kesihatan, ekonomi, ekologi atau falsafah hidup. Sumber protein dalam diet vegetarian adalah daripada tumbuh-tumbuhan seperti kekacang, bijirin, ubi-ubian, bijian dan sayur-sayuran. Protein tumbuhan adalah protein berkualiti rendah di mana ia tidak mengandungi semua komponen asid amino perlu jika dimakan tanpa kombinasi yang betul. Walau bagaimanapun apabila sumber-sumber protein tumbuhan tersebut digabungkan dengan betul, ia akan menghasilkan sajian makanan yang mengandungi semua komponen asid amino perlu yang lengkap.

Pengamal Vegetarian boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan utama iaitu:-

  • Vegan

Mengambil makanan daripada sumber tumbuh-tumbuhan sahaja.

  • Lacto-vegetarian

Mengambil makanan daripada sumber tumbuh-tumbuhan, susu dan hasil tenusu.

  • Lacto-ovo-vegetarian

Mengambil makanan daripada sumber tumbuh-tumbuhan, susu, hasil tenusu dan telur.

Ciri-ciri diet ‘lacto-vegetarian’ dan ‘lacto-ovo-vegetarian’ adalah sajian yang mempunyai semua komponen asid amino perlu yang lengkap. Ia boleh memberi nutrien yang mencukupi jika kuantiti adalah memuaskan. Manakala bagi ‘vegan’, kombinasi kumpulan makanan yang sesuai adalah diperlukan untuk memenuhi keperluan nutrien harian.

Diet vegetarian lengkap dengan protein jika sumber protein adalah daripada sekurang-kurangnya dua daripada empat kumpulan makanan protein di bawah.

Kumpulan Makanan Protein

Kumpulan 1

Bijiran, hasil bijirin dan ubi-ubian seperti beras, gandum, jagung, hasil beras (bihun, nasi), hasil gandum (roti, tepung), barli, oat, ubi kentang, keledek, keladi, ubi kayu dan sebagainya.

Kumpulan 2

Susu dan hasil tenusu seperti keju, susu, yogurt, tairu, dadih, panner (keju India), aiskrim bersusu dan sebagainya.

Kumpulan 3

Kekacang seperti kacang tanah, kacang kuda, kacang hijau, kacang pis, kacang dal, kacang merah, kacang soya dan hasilnya seperti tauhu, fucuk, tempe dan sebagainya.

Kumpulan 4

Biji-bijian seperti kuaci biji tembikai, kuaci biji labu, kuaci biji matahari dan bijan.

Kombinasi Kumpulan Makanan

Kombinasi mana-mana dua kumpulan makanan protein ditunjukkan oleh anak panah penyambung seperti dalam gambar rajah di bawah, akan membekalkan protein yang lengkap. Kombinasi makanan tersebut perlu diambil sekurang-kurangnya sekali pada setiap waktu hidangan.

Contoh Hidangan

Sumber: myhealth.gov.my & google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen