Nak hampar karpet baru pun masih rasa ragu-ragu lagi sebab takut kalau tertumpah kuah rendang, cebisan krim kek atau serbuk-serbuk biskut raya. Habis melekat di celah-celah karpet baru. Tak sanggup!

Ramai yang pernah mengalami situasi ini dan tidak mahu kejadian yang sama berulang. Bukan apa, karpet yang ada pun susah nak bersihkan. Haa. Ini kami kongsikan teknik pembersihan karpet dengan bahan sedia ada. Jadi, kalau apa Рapa tertumpah pun anda sudah tahu dan bersedia nak membersihkannya.

Bahan yang perlu ada:

  • Air
  • Cuka putih
  • Pencuci pinggan mangkuk
  • Cecair hidrogen peroxide

Caranya:

  1. Anda perlu mencampurkan sedikit pencuci pinggan mangkuk dan cuka ke dalam bekas yang mengandungi air.
  2. Setelah itu, tuangkan sedikit hidrogen peroxide dan kacau sehingga sebati.
  3. Tidak perlu menunggu terlalu lama, anda bolehlah menggosok terus permukaan permaidani itu dengan menggunakan jari ataupun kain lap, skrub dan sebagainya mengikut keselesaan.
  4. Gosok ataupun sental sehingga anda mendapati kotoran itu telah hilang/tertanggal.
  5. Gunakan kain yang kering untuk mengelap sisa-sisa campuran yang masih tertinggal di bahagian karpet. Anda akan lihat hasilnya.

Tip:

  • Bersihkan permaidani daripada habuk dan kotoran menggunakan vakum pembersih. Sebaiknya ia dilakukan tiga kali seminggu.
  • Pastikan permaidani dicuci setiap enam bulan sekali untuk menghapuskan kuman yang terperangkap. Cuci menggunakan sabun khas atau hantar ke kedai dobi untuk menjimatkan masa.
  • Elakkan daripada meletakkan permaidani dibawah pancaran matahari terik. Ini kerana, terik matahari akan menyebabkan warna permaidani menjadi luntur dan kusam.
  • Permaidani yang telah lama digunakan mudah menyebarakn bau hapak. Bagi menghilangkannya, taburkan serbuk penaik dia atas permaidani selama satu jam sebelum dibersihkan dengan menggunakan vakum.
  • Campurkan empat sudu cuka bersama segelas air juga boleh digunakan untuk menanggalkan kotoran yang melekat pada permaidani. Lapkan dengan menggunakan kain sehingga kesan kotoran dan bau hilang. Pastikan anda membersihkannya sejurus terkena kotoran.

Sumber: impiana.my & google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen