Tiba-tiba rasa teringin nak makan ubi kayu. Walaupun makan ubi kayu kosong sahaja sudah memadai, apa salahnya kalau kita ubah sikit cara kita makan ubi kayu tu kan? Jom cuba resepi Puding Ubi Kayu ini. Boleh hidangkan pada keluarga untuk minum petang ataupun ketika tetamu datang. Confirm mereka suka!

Jom kita lihat apa bahan yang digunakan dan bagaimana cara membuat Puding Ubi Kayu.

Bahan yang digunakan: 

  • 1 batang ubi kayu | dipotong kecil
  • 9 biji telur
  • 250gm gula perang
  • 450ml santan

Cara membuatnya: 

  1. Satukan telur, gula perang dan santan di dalam mangkuk adunan. Kacau rata dan sebatikan.
  2. Kemudian masukkan ubi kayu dan gaul rata.
  3. Akhir sekali, tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 130˚c selama sejam.

Selamat mencuba!

Sumber: rasa.my & google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen