Masa yang paling mencabar bagi seorang ibu adalah pada waktu pagi. Selain untuk menyiapkan sarapan, proses mengejutkan anak bangun dari tidur antara yang menguji kesabaran. Jom lihat apakah tip mengejutkan anak-anak untuk bangun tidur dengan mudah.

MAKAN MALAM LEBIH AWAL

  • Seeloknya makan malam lebih awal supaya anak-anak boleh tidur lebih awal. Makan malam yang lewat dan berat sebelum waktu tidur boleh menggangu tidur dan membuatkan anak lebih susah untuk bangun di pagi hari.

PASTIKAN ANAK TIDUR MALAM LEBIH AWAL

  • Sesetengah pertarungan untuk bangun awal pagi adalah berpunca daripada tidur pada lewat malam. Hadkan penggunaan gajet mahupun televisyen yang boleh melekakan anak-anak sehingga berjaga ke larut malam.
  • Kelengkapan untuk ke sekolah esok pagi telah di sediakan seperti kerja sekolah, alat tulis, pakaian sekolah, beg sekolah dan sebagainya dengan lebih awal. Bila semua sudah sedia, urusan pada waktu pagi akan berjalan dengan lebih lancar.

TIDUR DENGAN BAHAGIA DAN GEMBIRA

  • Berikan motivasi sebelum tidur. Cetuskan keghairahan dengan cerita-cerita persekolahan yang menaikkan semangat mereka untuk seronok pergi ke sekolah atau taska.
  • Sebelum tidur peluk dan ciumlah si manja anda. Jika waktu malam dia tidur dalam keadaan sedih atau baru lepas bergaduh dengan kakak atau abang, mesti masa bangun pagi bermasalah.
  • Pastikan anak-anak tidur dalam suasana aman, jauh dari gangguan dan kebisingan. Tiada bunyi TV atau radio. Ini dapat menenangkan waktu anak tidur.

KEJUTKAN DENGAN KASIH SAYANG

  • Beri salam dan panggil anak dengan nada yang lembut pada anak yang sedang tidur.
  • Sentuh hujung ibu jari kaki mereka dan goyangkan perlahan-perlahan. Jangan direntap ibu jari kaki mereka, kelak mereka menyimpan dendam.
  • Elakkan mengetuk pintu bilik mereka dengan keterlaluan sehingga menyebabkan anak bangun dalam keadaan terkejut dan ketakutan.
  • Kejut anak secara berperingkat. Jangan memaksa mereka. Jangan terus disimbah air ke atas mereka.
  • Sebaik saja anak bangun, terus berikan anak  ganjaran ciuman dan pelukan supaya timbul rasa gembira untuk bangun tidur.

JANGAN……..!

  • JANGAN menggunakan kata-kata kesat atau makian.
  • JANGAN memukul dengan pukulan kasar atau kuat.
  • JANGAN menyimbah air.
  • JANGAN membebel berterusan tanpa henti.

Dari sudut segi psikologi, jika seorang anak itu dikejut dengan herdikan atau pukulan, maka minda separa sedar akan diaktifkan sedikit demi sedikit untuk membenci dan berdendam dengan orang yang membangunkan itu. Seandainya rutin setiap dinihari kita mengejutkan anak-anak dengan cara yang kurang beradab, maka sebenarnya kita telah menyalakan api kebencian yang bahaya dalam minda separa sedar anak itu.

Semoga warna-warni di pagi hari menjadi episod eksklusif untuk dikenang baik untuk si manja mahupun buat ibu dan ayah. Hiburkanlah hari anda dengan sketsa pagi si comel. Pengalaman manis itu sangat indah untuk dikenang.

Sumber: majalahpama.my & google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen